TheStore.my kedai online percuma utk anda!!
July 19, 2010 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Salam para pembaca. Seandainya anda memang pengunjung blog ini.. atau anda datang ke blog ini melalui google search. Terima kasih di ucapkan. Sekrang sy sedaya upaya cuma mengupdate blog seminggu sekali wpun mcm susah sbb sy ni tak pandai sgt nak berbicara.. huhuhuhu..
Kali ni, saya nak memperkenalkan Store Online percuma. ianya di berikan tampa kos utk anda menggunakan sebagai medium perniagaan anda. Boleh jenguk sini http://www.thestore.my. Sekiranya anda baru berniat utk berniaga secara online, sy boleh katakan anda langkah kanan hari ini kerana apa? anda tidak perlu lagi mengerutkan dahi anda utk memikirkan design, duit utk hosting, domain.. atau pun terfikir nak upah seseorang utk membuka website online store. Dengan TheStore.my segalanya tersedia untuk anda.
TheStore.my ada mempunyai beberapa template untuk anda pilih, dah terdapat lbh 200 jenis background yang boleh anda sesuaikan dengan tema perniagaan anda. Anda cuma perlu sediakan produk utk di pasarkan secara internet saja.. baju, pakaian bundle, kasut, tudung, kain.. brooch dan sebagainya.
Anda boleh lihat demo di sini –> DEMO THESTORE.MY . Anda boleh lihat kedai online yang di pilih dan boleh lihat bahagian admin utk kedai. Namun apa pun, anda boleh try sendiri thestore.my kerana ianya percuma. kurang 5 minit kedai online anda telah tersedia. Sekiranya anda tidak minat nak guna. tinggalkan saja.
Sekrang saya masukkan sedikit contoh yg sy createkan untuk anda lihat. Ada beberapa design yang mungkin menarik minat anda.




Sebenarnya ada byk lagi yang saya boleh buat.. tp cukup la 8 jer dulu. Anda tak perlu susah payah fikirkan design. semuanya siap tersedia.
Saya harap dengan apa yang saya buat ini mendapat manfaat kita bersama. kepada yang telah biasa berniaga secara online ini, maybe TheStore.my ini tiada apa nilai sangat, namun sy berharap anda boleh rekomenkan kepada rakan2 anda utk menggunakan website ini. Dan kepada mereka yang baru hendak berjinak dan berminat utk memulakan perniagaan online ini, harapan saya TheStore.my ini mempermudahkan langkah anda utk berniaga.
Sekiranya terdapat apa2 masalah berkaitan TheStore.my silalah ajukan masalah tersebut terus kepada sy utk sy menambahbaikan lagi TheStore.my ini. Sekiranya TheStore.my ini anda rasa bagus atau setidak2nya memudahkan kerja anda, dapatlah anda mengajak rakan2 anda untuk menggunakannya.
Sekian utk hari ini.






