10 Tips meningkatkan Link Populariti Blog

November 9, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Google melihat populariti sesuatu laman web merupakan salah satu kriteria terpenting untuk mendapatkan kedudukan ranking yang lebih baik.

Tahukan anda apa yang menjadikan sesuatu laman web itu popular? Populariti laman web sebenarnya diukur dari berapa banyaknya(KUANTITI) laman web lain yang merujuk kepada laman web tersebut. Malah sebenarnya yang perlu anda ketahui ialah sekiranya sesuatu laman web yang popular(KUALITI/PR tinggi) merujuk kepada laman web tersebut maka lebih tinggi lagilah kredit yang akan di terima.  Ringkasnya mendapat 5 link dari website yang popular(PR5 keatas) sebenarnya lebih baik dari menerima dari 100 link laman web yang tidak popular dan inilah yang perlu anda berikan tumpuan.

Di sini saya ingin berkongsi 10 tips utk meningkatkan link populariti blog anda.

1. Daftarkan blog atau laman web anda di laman web Directori

Pada masa ini ada terlalu banyak laman Directori yang kita boleh daftarkan samaada berbayar atau pun percuma. Namun tak semua laman directori itu bagus untuk kita daftarkan blog kita. Yang paling utama, kita perlu mengetahui Page Rank (PR) bagi directori tersebut, dengan PR yang tinggi, secara tak langsung website kita mendapat link dari website yang berkualiti seterusnya menguatkan populariti website kita. Antara Laman Directori yang mempunyai nama besar seperti DMOZ, Yahoo directori dan byk lagi seperti yang tercatat di blog ini. Sila lihat di Avertisement Widget. Anda juga boleh mendapatkan bantuan google utk mencari directory percuma ini dengan menggunakan kata kunci “free web directory”.

Antara Laman Directory yang popular (PR7 ke atas)

  1. http://www.dmoz.org/ (PR8)
  2. http://boingboing.net/suggest.html (PR8)
  3. http://infomine.ucr.edu/contact/suggest.shtml (PR7)
  4. http://www.ru/eng/index.add.php4 (PR7)
  5. http://www.nationmultimedia.com/webdir/ (PR7)

**Dapatkan Link Directory Submitter disini dgn harga RM20 sahaja, Produk ini mengandungi 2700++ directori berPR tinggi PR4~PR7. Klik disini!!

2. Mengambil bahagian dalam perbincangan sesebuah forum.

Jika anda aktif di forum, link yang anda dapat dari forum tersebut amatlah berkuasa sekali. Namun, apa yang penting untuk mendapatkan populariti yang baik, kita hendaklah mendapatkannya dari website yang kualiti dengan PR yang tinggi. Antara forum yang mempunyai PR tinggi termasuklah:-

  1. www.xing.com (PR8)
  2. www.joomlapolis.com(PR6)
  3. www.winamp.com(PR8)

dan banyak lagi.

3. Komen pada blog lain.

Ini bukanlah satu teknik yang baru. Perkara ini ada teknik yang biasa di lakukan. Sekarang ini, byk blog-blog yang berkualiti meletakkan NOFOLLOW jika anda meletakkan link sewaktu anda membuat komen. Untuk mendapatkan kredit untuk meningkatkan populariti  website anda sewaktu membuat komen, anda harus memeriksa samaada link yang anda tinggalkan adalah NoFollow atau DoFollow. Sekiranya NoFollow, anda tidak akan mendapat sebarang kredit untuk menaikkan populariti website anda.

4. Artikel Marketing.

Anda pernah mendengar istilah ini? artikel marketing adalah sebuah teknik pemasaran melalui artikel yang Anda tulis. Ia boleh merupakan review atau tinjauan sesuatu produk atau pun info tentang sesuatu tidak kira berbentuk pendidikan atau apa saja. Anda boleh meninggalkan link ke halaman website anda dalam kandungan penulisan anda. Antara website yang anda boleh sertai untuk menghantar artikel seperti   EzineArticles, eHow, ArticleBase, GoArticles, Buzzle dan banyak lagi. Ada sesetengah artikel tentang info(perubatan, pendidikan produk dsb) akan di gunakan oleh sesetengah blogger untuk menjadi kandungan dalam blog mereka. Jika mereka menyalin artikel tersebut, mereka tidak boleh mengubah bahkan mereka perlu meletakkan nama penulis. Di sinilah link website kita di dalam kandungan artikel tersebut akan mendapat kredit atau mendapat “backlink” secara tidak langsung jika artikel kita di jadikan kandungan untuk blog orang lain.

5. Sosial Book Marking.

Anda boleh gunakan sosial book marking agar pengunjung blog anda dapat menambahkan alamat blog anda ke pelbagai website Sosial Bookmarking. Ada beberapa yang amat popular dan mempunyai  Page Rank yang tinggi. Saya senarai kan disini khas untuk anda 10 sosial bookmarking yang mempunyai PR7 ke atas:-

  1. http://www.netscape.com (PR9)
  2. http://myweb.yahoo.com (PR8)
  3. http://www.digg.com (PR8)
  4. http://mystuff.ask.com (PR8)
  5. http://www.technorati.com (PR8)
  6. http://del.icio.us(PR8)
  7. http://www.stumbleupon.com (PR8)
  8. http://bookmarks.yahoo.com (PR7)
  9. http://www.google.com/notebook (PR7)
  10. http://www.reddit.com (PR7)

Ada banyak lagi Sosial Bookmarking, ada lebih dari 150 laman web Sosial Bookmarking yang boleh anda guna. Satu lagi tips berguna, jika anda mendaftar di laman web tersebut, di bahagian profil, jika terdapat ruangan “website/homepage” jangan lupa untuk meletakkan url website anda. Secara tidak langsung website anda akan mendapat credit seterusnya akan di “crawl” oleh robot google kerana website yang mempunyai PR6 dan keatas, robot google akan “crawl” setiap hari.

Gunakan kemudahan dari ShareThis atau AddThis yang dapat mempermudahkan anda memasang semua laman Social Bookmarking pada blog Anda.

6. Membuat Press Release.

Tahukah Anda apa itu Press Release? ianya berupa pengumuman atau pemberitahuan tentang kewujudan blog anda, Sebahagian besar laman web Press Release ini membenarkan anda memasukkan URL dan seterusnya URL tersebut akan bersifat seperti backlink untuk website anda. Namun, Press Release ini tidak mudah untuk didapati secara percuma dan kebanyakannya adalah berbayar. Antara laman Press Release adalah seperti;-

  1. http://www.prweb.com/ (PR7)
  2. http://www.free-press-release.com/ (PR5)
  3. http://www.webwire.com/ (PR3)

7. Menjawab Pertanyaan

Yahoo Answer adalah sebuah web yang sangat bagus untuk menambah backlink dan meningkatkan trafik blog Anda. Carilah pertanyaan yang mampu untuk anda jawab dan jangan hanya menjawab, usahakan untuk selalu menjadi pemberi  jawapan yang terbaik diantara jawapan-jawapan lain. Ianya seperti sukar untuk kita lakukan, namun ianya masih boleh di lakukan dengan mencari soalan yang anda mampu jawab di samping bersesuaian dengan kandunga blog anda supaya anda dapat meninggalkan rujukan atau URL balik ke website anda.

8. Beriklan/Bertukar link

Iklan baris adalah salah satu penyelesaian untuk meningkatkan populariti blog anda dan kebanyakannya adalah percuma. Jangan lupa untuk mencari folder yang paling sesuai dengan tema blog anda.Anda juga boleh bertukar link sesama rakan taulan, anda boleh meletakkan laman blog rakan anda di bhgn Blogroll dan sebaliknya rakan anda juga berbuat demikian. Jika anda ingin bertukar link dengan saya, sila tinggalkan komen dengan meninggalkan “Achor text” bersama URL anda dan pastikan anda memasukkan URL blog saya di blogroll anda. Gunakan “Eddy Wijaya” untuk anchor text.

9. Memaksimakan penggunaan Laman Sosial Network

Sebagian besar diantara anda pasti memiliki akaun di Facebook atau Friendster, MySpace, Hi5 atau lainnya? Hah!! Apa lagi, anda sepatutnya boleh memanfaatkan laman Sosial Network untuk menambah backlink menuju blog anda. Selain itu laman Sosial Network popular seperti Facebook sangatlah efektif untuk menaikkan trafik, buatlah group perbincangan disana dan ajaklah teman dan kenalan anda untuk bergabung. Berikut saya senaraikan 15 laman Sosial Network yang mempunyai PR tinggi untuk anda manfaatkan,

  1. http://www.slashdot.org (PR9)
  2. http://360.yahoo.com (PR8)
  3. http://www.MySpace.com (PR8)
  4. http://www.twitter.com (PR8)
  5. http://www.facebook.com (PR8)
  6. http://www.livejournal.com (PR8)
  7. http://my.opera.com/community/ (PR8)
  8. http://www.stumbleupon.com (PR8)
  9. http://www.meetup.com (PR8)
  10. http://www.vox.com (PR8)
  11. http://www.mybloglog.com (PR7)
  12. http://www.bebo.com (PR7)
  13. http://www.fotolog.com (Pr7)
  14. http://www.xanga.com (PR7)
  15. http://www.linkedin.com (PR7)

10.  Link Berbayar

Cara lain yang cukup efektif sebenarnya adalah beriklan secara berbayar untuk meletakkan secara kekal pada sebuah website iklan atau blog/website lain yang sekiranya memang akan membawa hasil yang memuaskan.

Ada dua cara untuk melakukan perkara ke sepuluh ini.

Yang pertama adalah anda membeli ruangan link dari penyedia jaringan link atau Ad Network seperti TextLinkAds, Link Worth, Kontera, Infolinks dan lain sebagainya.

Cara kedua adalah membeli review dengan cara bergabung ke berbagai laman paid review seperti ReviewMe, PayPerPost, SponsoredReviews, BlogVertise, BuyBlogReviews dan sebagainya.

Demikian saja yang ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian. Apa yang saya kongsikan hanyalah secebis pengalaman yang saya kutip sewaktu ,melakukan salah satu teknik SEO untuk blog saya . Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada anda untuk meng”SEO” laman web/blog anda. Segala saranan lain dan pendapat lain dari pembaca sekalian amatlah di alukan. Harap anda dapat tinggalkan komen untuk kita sama2 berkongsi tip2 berguna. Happy blogging!