“Passion” Dengan Apa Yang Dilakukan

April 13, 2010 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Salam kepada pembaca,

Tak sure la ada pembaca ke tak.. hehehe.. tp takper.. saya just nak ckp atau keluarkan apa yg sy rs nak ckp kat sini berkenaan dengan passion terhadap sesuatu perkara, saya suka sebutkan di sini keikhlasan. Di sini memang jelas sekali perkara-perkara yang kita lakukan dengan penuh minat atau “passion” atau dengan keikhlasan ini sudah pastinya akan berjaya kelak. Mungkin setahun 2 tahun dari sekrng, mungkin 10 atau 15 tahun dari sekarang. Namun bebekalkan minat yang mendalam, passion tehadap apa yang kita lakukan, perkara itu semula jadi akan tercapai tidak kira berapa lama masa yang di ambil.

Ada sesetengah perkara itu secara tak langsung ada yang boleh terjana duit secara tak sengaja. Sebagai contoh ada sesetengah blogger, mereka ini sememangnya kuat dlm jiwa mereka utk berblog, cerita pengalaman, namun di sebabkan minat yang mendalam dan telah menulis berkoyan-koyan cerita lama kelamaan cara penyampai akan semakin baik, seterusnya menarik minat orang untuk membaca. Pada mulanya mereka ini tiada menyimpan niat utk menarik orang mmbaca hanyalah untuk meluahkan isi hati mereka dengan menulis, secara tak langsung akan menarik minat para pembaca diluar sana.  Dengan hanya bersuka2 meluahkan di blog, telah pun mendapat visitor yang ramai dan boleh berblog bertahun-tahun.

Seperti artis, ada sesetengahnya berjaya bukan kerana mereka membuat sesuatu itu berlandaskan duit, tetapi berlandaskan minat yang mendalam akhirnya pendapatan tersebut datang dengan sendirinya dan mereka ini boleh bertahan lama. Sebab itu kalau kita lihat kumpulan-kumpulan atau penyanyi yang otai boleh bertahan sampai sekarang hanya kerana jiwa mereka memang sebati dengan apa yang mereka buat.

Adakah dengan passion, minat atau keihlasan ini yang boleh kita berjaya dan buat duit? perkara ini sememangnya agak subjektif utk kita perkata kan. Dari segi penelitian saya, pengalaman saya, maaf, saya bukanlah penulis yang baik atau dengan kata lain blogger tegar. Namun saya cuba sampaikan dengan cara saya. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah sekiranya kita lakukan sesuatu kerja dengan penuh minat dan penuh keihlasan, insyaallah apa yang kita lakukan sudah pastinya akan berpanjangan dan boleh “sustain”.

Mari kita tafsirkan apa yang ingin saya sampaikan kat sini. Cuba lihat sekeliling kita, kawan-kawan kita yang berjaya, ibu bapa kita. Seperti saya, saya boleh nampak abah saya sememangnya minat yang mendalam dalam membaiki kenderaan, membaiki barangan elektrik, sejak dari saya kecil saya lihat beliau membaiki kenderaan kawan beliau dengan penuh sabar dan tekun, hasil kerja beliau di sukai oleh kawan-kawan seterusnya mendapat pelanggan yang di rekomenkan oleh kawan-kawan kerana hasil kerja yang bagus. Itu hanyalah kerja sampingan yang dilakukan kerana minat beliau yang mendalam . Dari satu kenderaan ke satu kenderaan lain motor, kereta, mesin potong rumput, gergaji mesin. Dari minat dan keikhlasan melakukan perkara tersebut, selama lbh 20 tahun beliau boleh bertahan. Tidak putus orang kampung datang untuk membaiki itu dan ini. Lain pula dengan ibu saya, beliau memang begitu passion dengan gubahan, masakan dan jahitan, bila kita terlalu minat dan taksub dengan sesuatu kerja sudah tentu timbul keikhlasan di hati seterusnya kerja-kerja yang di jalankan penuh dengan penelitian dan kepuasan. Sekiranya ada kenduri kahwin, atau apa2 yang inginkan gubahan, sudah tentu kawan-kawan beliau mencari beliau utk gubahan2. Apa yang di lakukan bertahan bertahun-tahun. Sekiranya kita lakukan dengan penuh minat dan penuh keikhlasan, segala upah automatik akan menyusul kemudian dan perkara yang dilakukan bertahan lama. Tiada perkataan gagal dalam setiap perkara yang kita minati kerana kita akan sentiasa lakukannya tanpa batasan.

Mari saya rungkaikan mengapa saya bercerita tentang “Passion” ini? kerana saya rasa agak terpesong dengan apa yang saya lakukan sekrang. Mengapa orang lain boleh berjaya berblog saya tidak, mengapa orang lain boleh berjaya menjual sesuatu dan saya tidak, mengapa orang lain boleh buat duit dan saya tidak. Kenapa saya tidak berjaya, kerana apa yang saya nak buat, saya tidak lakukan dengan sepenuh hati, kurang keikhlasan. Lebih kepada ikutan orang sahaja.

Sememangnya di dalam minda saya hanya inginkan kebebasan kewangan, bermacam-macam cara saya lakukan hanya dengan mengikut orang, saya rasa mungkin ramai di antara anda juga seperti saya. Tgk orang lain boleh buat duit dengan berblog, kita pun cuba berblog, tapi sbb tiada keikhlasan kerja separuh jalan saja, lihat orang yang minat buat blog, mereka boleh menulis hampir setiap hari, bukan kerana duit tapi kerana minat, dorang tak hiraukan pun hal2 duit atau visitor, apa dalam kepala mereka adalah minat nak tulis, sehari tak menaip di blog rs gelisah.

Budaya ikut-ikut orang ini sebenarnya tidak bagus, namun ada juga yang berjaya, dengan permulaan mengikut orang, dan di lakukan dengan penuh keikhlasan, insyaallah boleh berjaya dan berpanjangan. Dengan post kali ni, saya berharap minda saya akan di set dengan betul apa yang di perlukan bila melakukan sesuatu kerja. Kerana dengan kesedaran ini lah terbitnya apa yang ingin saya kongsikan disini. Harap para pembaca menilai dengan baik. Sekiranya ada di kalangan pembaca yang terasa hati, saya minta maaf kerana penulisan saya hanyalah berkisarkan pengalaman saya yang agak terpesong dengan apa yang sy inginkan. Namun sekarang saya telah sedar dengan kesilapan ini. Sekiranya anda seperti saya, marilah kita tanamkan minat dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.

Salam Kejayaan!!