PR Blog Bisnes.digital-pages telah meningkat

December 7, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Salam kawan2 pembaca sekalian,

Saya sungguh terkejut setelah menyemak Page Rank untuk blog ini. Ternyata dengan hanya kurang setahun jagung blog ini di bangunkan, Page Rank telah pun berada di PR2. Agak mengejutkan saya.

Blog ini telah di bangunkan pada Julai tahun ini, iaitu tahun 2009 untuk sy mencurahkan info dan berkongsi pendapat dengan pembaca tentang teknik SEO dan juga perniagaan Online dan juga cara2 buat duit online.

Dengan peningkatan PR untuk blog ini, saya harap ianya akan menyemarakkan lagi niat saya untuk berbisnes online secara sekata dan lebih terurus. Walaupun agak sibuk dengan urusan kerja2 di kilang Western Digital, namun sy tetap ingin memulakan perniagaan berasaskan internet.

Dengan hanya bermula dengan berblog, berkongsi pendapat dengan rakan2 lain, secara tak langsung perkara2 tersebut mencetuskan beberapa idea untuk berniaga secara online, dapat mencetuskan minda saya bagaimana dengan internet kita boleh menjana wang. Tidak heranlah ramai blogger2 yang hebat lagi otai di luar sana berjaya mendapat pendapatan ribuan, malah puluhan ribu ringgit dengan hanya berblog dan beberapa perniagaan secara online ini.

Jika ada telah menyimpan niat untuk buat duit internet ini, saya menasihatkan anda, teruskan usaha dan mulakan dengan berblog atau berkongsi pendapat dengan meninggalkan komen pada blog2 yang berinfomasi terutamanya tentang perniagaan internet. Jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.

Salam kejayaan dari saya!