Bidan Terjun Buat Duit Online

October 1, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Pasti anda sering melihat iklan-iklan atau banner2 di internet terutama sewaktu membaca berita online atau sewaktu melayari sesuatu di internet, dari forum ataupun email yang mengajak anda melakukan bisnes internet atau buat duit di internet ini.  Mungkin banner2 atau iklan tersebut menggalakkan anda membeli sebuah produk buku, ebooks atau servis yang menjanjikan pulangan yg besar dengan modal yang kecil. Namun dalam hal ini, anda pasti akan tertanya-tanya berapa besarnya modalnya, adakah anda mampu lakukan dan potensi keuntungan yang bakal anda dapat.

Dan bagaimanakah untuk anda tidak “teruja” dan “tertipu” dengan ’sales letter’ dr salesman internet ini? adakalanya saya sendiri pun sukar untuk mengatasi tahap keterujaan setelah membaca salesletter yang ‘power’ yang mampu membuatkan sy sanggup berbelanja utk mendapatkan produk tersebut.

Ada 3 perkara yang perlu anda periksa sebelum menjadikan internet sebagai bidan terjun anda untuk cari duit;-

  1. Sedari kemampuan modal yang anda miliki.
    Perniagaan internet atau cari duit online ini, khususnya berkaitan bekerja dari rumah pasti memerlukan sedikit modal setidaknya, mungkin ketika itu anda kekeringan wang. Bila anda tidak bersedia untuk berkorban mengeluarkan wang sedikit atau anda mempunyai bajet yang sgt ketat. Adalah lebih baik anda tidak teruskan niat anda itu.
  2. Buat sesuatu ikut kemampuan dan gunakan kemahiran yang ada.
    Jika anda suka menulis, atau anda berkemahiran untuk mereka cipta logo atau laman web? Anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk memulakan perniagaan internet, jangan terlalu terikut kepada salesletter atau apa2 yang beria menyakinkan anda bahawa anda boleh buat duit di internet.  Pastikan apa yang di tawarkan adalah bersesuaian dengan kemahiran anda dan anda yakin mampu lakukannya. Ada sesetengah penulis ebooks ini hanya pandai berbicara, mereka mendapat untung dengan menjual ebooks tersebut tetapi bukan dengan apa yang mereka ceritakan di dalam ebooks tersebut. Cuba email atau hubungi penulis tersebut dan tanya mereka tentang keuntungan yang mereka dapat hasil dari apa yang mereka lakukan seperti yg mereka tulis. Percaya ckp sy kurang dari 10% akan menjawab kerana mereka hanya membuat keuntungan dari penulisan sahaja.
  3. Selidik potensi keuntungan yang di tawarkan.
    Sama seperti perniagaan biasa, perniagaan internet juga mempunyai potensi keuntungan yang besar jika kena pada tempatnya. Jadi sebelum memulakan perniagaan internet ini, anda juga perlu membuat kaji selidik tentang jangkaan keuntungan dan berapa modal yang harus anda keluarkan supaya anda tidak mengalami kerugian. Adakalanya bisnes dengan hanya modal kecil juga mampu meraih keuntungan yang besar. Namun ada juga orang menawarkan skim untuk menjadi kaya sekelip mata, jangan sesekali percaya kepada skim seperti ini. Kerana pada pendapat saya, tidak ada jalan singkat untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.

Perniagaan internet dengan Mind Set yang betul

October 1, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Saya jangkakan bahawa anda telah mengetahui apakah perniagaan internet dan ingin bermula dengan perniagaan internet ini. Dengan membaca blog ini, saya akan berkongsi tips2 untuk memulakan perniagaan internet dan peluang2 yang boleh menjana ringgit kedalam akaun bank kita.

Masalahnya adalah, di manakah permulaannya? perkara penting memulakan perniagaan, termasuklah perniagaan internet adalah bermula dari minda kita. Kita perlu set kan minda kita mengenai perniagaan yang kita ingin lakukan. Utk permulaan, kita tidak perlu tahu tentang pemasaran online, cara kerja internet termasuklah programming. Yang perlu hanyalah mindset yang betul tentang apakah perniagaan internet dan apakah yang berada di sebalik konsep perniagaan itu sendiri.

Bagaimana membentuk mindet yang betul? Anda cuma perlu belajar dan meniru bagaimana usahawan-usahawan internet yang telah berjaya berfikir. Mudah bukan?

Berikut antara yang patut berada dalam minda anda jika anda ingin memulakan perniagaan internet ini:-

  1. Alasan – Tanya kepada diri sendiri, mengapa anda ingin memulakn perniagaan internet ini? alasan yang kukuh akan membantu anda dalam menentukan jalan yang betul untuk mencapai kejayaan anda.
  2. Fokus - Pelajari selok belok perniagaan internet dan pilih model perniagaan internet yang sesuai dengan anda. Apakah pemasaran affiliate, paid review,  content advertising, jual produk online dan sebagainya.
  3. Tahu tahap kemahiran anda – Ketahui juga apakah aspek kekuatan dan kemahiran yang anda miliki, selain dr kemahiran anda, anda boleh menyalurkan kepada yang lebih berkemahiran untuk menutup kelemahan anda. Misalnya anda memilih perniagaan internet yang merupakan blog monetizing, dan kemahiran anda adalah anda tahu cara untuk menarik trafik yang tinggi, tetapi anda tidak berapa mahir menulis utk kandungan blog anda, anda boleh menyalurkan penulisan kandungan kepada yang berkemahiran dengan mengupah orang lain menulis kandungan blog tersebut.
  4. Konsisten – Sediakan ‘time frame’ untuk aktiviti perniagaan online anda. Mengapa saya katakan ‘time frame’ adalah kerana anda perlu pecahkan kerja perniagaan internet anda kepada beberapa bahagian dan lakukan secara konsisten setiap bahagian tersebut. Contohnya, katakan anda melakukan blog monetizing, anda boleh pecahkan kepada 3 bahagian, 1.penulisan kandungan, 2. membuat promosi blog,3. mencari artikel dan membaca blog2 lain yang boleh memberi idea. Susun secara teratur dan jangan menyerah sebelum anda mendapatkan hasil. Adakalanya sesetengah orang, menulis di blog adalah hobi namun jika di buat dengan betul, ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Cari Duit Online!

August 4, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Dapatkan ilmu  cari duit online menerusi blog ini,

Cari duit online yang akan saya ulaskan disini bukanlah sesuatu perkara yang aneh, sememangnya kira boleh cari duit melalui internet ini.  Sejak dari tahun 2007 saya mula mencari jalan dan peluang untuk cari duit secara sampingan tanpa modal. Namun kebanyakan duit sampingan yang hendak di kejar semuanya memerlukan saya mengeluarkan modal. Oleh kerana terikat dengan bajet bulanan yang amat ketat, sukar utk saya mendapatkan  modal, jadi saya menjalankan misi utk cari duit secara online ini.

Bermula dari 2007, saya mula berjinak-jinak dengan dunia internet, namun mata saya masih belum di bukakan lagi dengan teknik- teknik jana atau cari duit online termasuklah adsense(ini memang cara mudah dapat duit internet). Saya mula mendapatkan buku-buku ilmiah berkenaan cari duit internet, pemasaran internet, hal-hal bisnes internet yang boleh cari duit dah sebagainya. Buku saudara Irfan Khairi telah saya baca (Rahsia Jutawan2 internet terbongkar). Tp mata dan minda saya masih tertutup dan masih tidak nampak apakah sebenarnya yang jutawan internet ini buat sehingga mereka ini boleh menjadi jutawan dengan cari duit di internet  sahaja. Bukan 10 atau 20 ringgit, malah berpuluh ribu dan ada yang jutaan duit masuk kedalam kocek mereka. Bukan hanya Irfan Khairi seorang sahaja bergelar jutawan dengan buat duit dr internet malah ramai lagi jutawan2 lain yang hanya buat duit secara online sehingga mereka menjadikan internet sebagai bisnes sepenuh masa.

Tidak cukup dengan buku biasa, saya mula mengenali buku digital iaitu Ebooks, bagaimana cari duit dr Adsense oleh saudara Munawar. Memang sungguh berkesan dan berbaloi saya membaca dan mempraktikkan apa yang di taipkan dlm eBooks tersebut. Dr A sehingga Z. Sehinggalah cara untuk mengoptimasikan website/Blog untuk mendapat rangking terbaik di muka pertama Search Engine. Di samping itu, banyak ebooks lain berkenaan adsense dan cari duit online telah saya baca yang kebanyakannya dr luar negara.

Dengan permulaan dr buku saudara Munawar(buit duit adsense), baru lah saya sedar, memang boleh buat duit dari internet ni. Dan pada pendapat saya, tahun ini (2009) penggiat2 internet marketer(IM) ni tumbuh bagai cendawan, malah masing-masing mempromosikan ebooks yang berkaitan buat duit di internet. Memang boleh dikatakan ada di antaranya bagus untuk di baca. Namun sesetengahnya, hanyalah secara umum atau sekadar terjemahan dr eBooks luar negara.  Ada diantara mereka ini mendapat puluhan ribu ringgit dengan hanya menjual produk digital tulisan orang lain.

Selepas ebook Munawar(buat duit adsense), saya amat tertarik dengan tajuk yg saya jumpa iaitu salah satu cara cari duit internet  “Bagaimana saya menjana RM4329.60 dlm masa 3 hari di youtube.com“. Setelah mengkaji dan mendapat nasihat di forum, ramai yang kata pakej vedio tersebut bagus. Untuk pengatahuan anda, saya telah mendapatkan pakej tersebut dengan harga RM70. Tunjuk ajar yang di berikan berkenaan cari duit menggunakan youtube sebagai medium markerting memang bagus namun secara jujurnya sehingga kita saya masih belum mendapat apa2 hasil jualan.

Bukan mudah untuk kita cari duit secara online malahan tanpa modal. Dengan pembelian2 material dan ebooks sebagai panduan boleh di kira sebagai modal la tu kan. Tp itu la hakikatnya, saya rasa berbaloi keluar modal utk menambah pengetahuan tentang cari duit internet.

Setelah saya mendapat beberapa ilmu tentang cari duit ini, saya dapat simpulkan. Jika kita terjah atau masuk ke bidang internet utk cari duit, yang paling UTAMA adalah trafik ke website kita. Dah sebab itulah dalam buku Irfan Khairi selalu sebut. PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI dan PROMOSI.

Dan sebelum memulakan langkah cari duit internet ini, kita perlu persiapkan diri dengan ilmu internet marketing, salah satu drnya ada lah Search  Engine Marketing (SEM). dimana tarikan trafik ke website atau blog datangnya dr Search Engine (Google.com,Yahoo.com & dll) dengan keyword2 yang tertentu.

Jika kita berjaya memanipulasi ilmu SEM ini, saya percaya ia akan memudahkan kita cari duit di internet malah boleh menarik trafik sehingga beribu2 org melawat website/blog kita. Saya juga dalam proses pembelajaran untuk cari duit internet dengan teknik SEM ini, jadi saya akan kongsikan pengalaman dan teknik2 cari duit dan teknik SEM untuk trafik. Harap anda akan terus mengikuti blog ini di samping memberikan komen2 dan tips2 berkenaan cari duit supaya pengetahuan tentang teknik cari duit internet akan lebih meluas, insyaallah!

Sekian.