Asas 4: Meletakkan code Google Adsense di laman web anda

August 18, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

1. Kaedah Mendapatkan Java Script Google AdSense

Sebelum meletakkan code Google Adsense di laman web anda, anda juga perlu tahu bagaimana utk mendapatkan code tersebut.  Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimanakah kaedah mendapatkan kod java script Adsense dari akaun Google Adsense untuk dimasukkkan ke dalam blog anda.

Langkah 1: Login ke Account Adsense anda menggunakan maklumat login yang anda perolehi ketika memohon Google Adsense account sebelum ini.

http://www.google.com/adsense

Langkah 2: Pergi ke bahagian “Adsense Setup” dan anda akan dapati Google Adsense mempunyai 4 produk utama seperti yang dapat anda lihat pada gambar dibawah:-

adsense-java-ccript

Saya cuma akan hanya menerangkan 2 produk utama iaitu Adsense for Content dan Adsense for Search. Dua produk lagi adalah produk terbaru dari Google.

Adsense for Content

Adsense for content mempunyai dua jenis iklan Adsense iaitu “Ad unit” dan “Link unit”. Untuk pengetahuan anda di dalam satu page, anda boleh meletakkan tiga Ad unit dan tiga Link unit.

Saya akan menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan iklan “Ad unit” terlebih dahulu dan akan di ikuti pula oleh “Link unit”.

adsense-for-content

Ad unit

Ad unit mempunyai 2 bentuk iklan iaitu “Text ads” dan “Image ads”. Anda boleh memilih salah satu darinya atau anda juga boleh memilih kedua-duanya untuk muncul di blog anda.

Contoh Text Ads:

cth-text-ads

Contoh Image Ads:

cth-image-ads

Untuk melihat kesemua jenis dan format Text dan Image ads, sila lihat pada link yang diberikan dibawah:

https://www.google.com/adsense/static/en_US/AdFormats.html

Langkah 3: Pilih “Text ads” untuk Ad unit
Saya mencadangkan anda memilih Text ads kerana ia lebih berkesan. Untuk mendapatkan java script “Ad unit”, tandakan butang “Ad unit” dan klik “continue”.

adsense-for-content

Langkah 4: Pilih format iklan Adsense
Anda akan diberikan pilihan untuk memilih format iklan yang anda inginkan diblog anda.

format-iklan

Didalam contoh ini saya cadangkan anda memilih “728×90 Leaderboard” format.

leaderboard728x90

Langkah 5: Gunakan format colour seperti yang saya tunjukkan dibawah dan klik continue:-

format-color

Note: Pemilihan format iklan mestilah bersesuaian dengan template blog anda.
Anda akan diminta untuk memasukkan channel URL, anda boleh menggunakan adsense channel sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog. Ianya bertujuan untuk melihat performance setiap daripada blog anda. Ini memudahkan anda untuk membuat pemantauan terhadap setiap blog yang dibina dalam menentukan blog yang mana lebih perform. Ini membolehkan anda melakukan “fine tuning” dan optimization terhadap iklan adsense dan juga blog anda.

all-channel

Nota: Anda melihat paparan ini tidak sama dengan paparan anda kerana saya mempunyai lebih
dari satu blog.

Didalam contoh ini, anda tidak perlu melakukan channel setting, klik “continue”.  Langkah seterusnya anda akan diminta untuk menamakan kod Ad unit anda. Anda boleh menamakan mengikut nama domain di ikuti dengan jenis format iklan. Sebagai contoh anda mempunyai blog dengan nama domain MyDomain.blogspot.com dan format iklan anda ialah “728×90 Leaderboard” maka anda namakan ia MyDomain-728×90 (sebagai contoh)  Setelah menamakan iklan anda, klik “Submit and Get Code” dan anda akan diberikan oleh google, kod AdSense untuk diletakkan diblog anda.

adsense-unit-code

Highlightkan code di dalam kotak tersebut dan copy ke blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya untuk melihat bagaimana meletakkan kod ini pada blog anda.

Link unit

Perbezaan antara Ads unit dan Link unit ialah Link unit tidak mempunyai image dan juga text, ianya hanyalah terdiri daripada senarai pautan (links). Sil lihat salah satu contoh Link unit seperti dibawah:-

cth-link-unit

Langkah 1: Untuk mendapatkan Java code untuk Link unit, tandakan Link unit seperti yang anda lihat dibawah dan klik “continue”.

langkah1-link-unit

Langkah seterusnya, anda diminta untuk memilih format Link unit yang anda kehendaki. Sila rujuk pada link yang saya berikan untuk melihat format Link unit.

https://www.google.com/adsense/static/en_US/AdFormats.html (scroll dibahagain bawah sekali)
Langkah 2: Didalam contoh ini, saya cadangkan anda memilih Link unit format 468×15 (4 units).

langkah2-link-unit

Langkah 3: Tukarkan warna format iklan Link unit seperti dibawah dan click “continue”.

langkah3-link-unit

Langkah 4: Abaikan setting untuk channel buat masa ini dan click “continue”. Namakan iklan Link unit anda seperti yang telah saya terangkan sebelum ini dan klik “Submit and Get Code”.

langkah4-link-unit

Highlightkan kod yang diberikan dan copy ke blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya bagaimana untuk meletakkan kod ini pada blog anda.

Akhir sekali,

2.Bagaimana Meletakkan Code Adsense.

Di post ini, saya cuma akan menunjukkan bagaimana memasukkan code di blogspot.com sahaja dan perkara sama juga secara asasnya untuk memasukkan code Adsense utk website atau blog lain seperti wordpress.com.

Kaedah Pertama – Add a Gadget –> Adsense Widget

kaedah-1

Kaedah Kedua – Add a Gadget –> HTML/JavaScript Widget

kaedah-2

Kaedah pertama adalah lebih mudah untuk “Newbie” (mereka yang baru) dan kedah kedua adalah pada mereka yang sudah agak berpengalaman dimana anda boleh melakukan “customisation” kepada kod Adsense.  Saya akan tunjukkan bermula dengan kaedah pertama dan dikuti dengan kaedah kedua.

Kaedah Pertama – Adsense Widget

Langkah 1: Login ke akaun blog anda di http://www.Blogger.Com

Langkah 2: Klik “Layout”

dashboard

Langkah 3: Klik “Add a Gadget”

add-gadjet

Langkah 4: Klik “Adsense”

kaedah-1

Langkah 5: Anda akan dapat melihat window seperti dibawah, ikut setting yang saya berikan.

langkah5-addcode

Langkah 6: Adsense code anda akan mucul di sidebar seperti dibawah, anda perlu tarik kotak tersebut dan letakkan melintang dibawah “magnetic jewelry clasp” header kerana format “728×90 Leaderboard” sesuai diletakkan dibawah header atau dibawah footer.

langkah6- addcode

Lihat contoh yang diberikan seperti dibawah:-

langkah6-2addcode

Langkah 7: Klik “Save” dan kemudian “View Blog” anda untuk melihat blog anda yang telah mempunyai Adsense.

final-mage

Skiranya anda tidak berpuas hati dengan format yang telah anda pilih dan ingin membuat perubahan, anda boleh melakukan editing kepada iklan Adsense tersebut. Sila rujuk langkah dibawah untuk melakukan editing pada iklan Adsense anda.

langkah7-2addcode

Klik “edit’ pada kotak Adsense yang telah anda bina dan lakukan editing seperti mana yang anda kehendaki kemudian pastikan anda klik “Save”, view sekali lagi blog anda sehingga anda berpuas hati.
Langkah seterusnya adalah memasukkan kod adsense melalui kaedah kedua.

Kaedah Kedua – HTML/Javascript Widget

Kaedah kedua memasukkan kod Adsense ke dalam blog adalah lebih sesuai digunakan sekiranya anda menggunakan kod Adsense yang di bina sendiri dari akaun Google Adsense anda.

Langkah awal adalah sama seperti kaedah pertama, iaitu login ke akaun blogger.com, kemudian klik “Layout” dan klik “Add a Gadget”. Pilih option “HTML/JavaScript” seperti yang anda lihat dibawah:

kaedah-2

Masukkan atau “Paste” Java code Adsense yang anda copy dari akaun Adsense anda seperti yang saya tunjukkan pada modul sebelum ini selepas itu klik “SAVE”. (kosongkan bahagian “Title”)

langkah2-save

Sekiranya anda terlupa untuk copy kod adsense yang anda bina sebelum ini, anda boleh mendapatkannya semula dengan login ke akaun Adsense, klik “Adsense Setup” kemudian klik “Manage Ads”. Pilih kod Adsense yang anda mahukan dengan melakukan klik pada “code” seperti yang dapat dilihat pada gambar dibawah:-

manage-ads

Tarik code adsense yang baru anda masukkan dan letakkan dibawah header melintang. (lihat gambar dibawah)

langkah6-2addcode

Klik “SAVE” dan “View a Blog” anda untuk melihat blog anda dengan kod adsense yang baru anda masukkan.

final-mage

Format dan posisi iklan Adsense anda ditentukan oleh anda sendiri dan ianya haruslah bersesuaian dengan blog template yang anda pilih ketika membina blog anda.
Saya cadangkan anda mahirkan diri anda dengan melatih diri menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada akaun blogger.com dan akaun Adsense anda. Jangan takut untuk mencubanya. Sekarang blog anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense. Apabila pengunjung datang ke blog anda dan klik iklan google adsense tersebut anda akan dibayar oleh google.