“Organic” Search Engine Optimization

September 28, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Pengenalan

Mengikut statistik, lebih 88% dari pengguna internet mencari website atau data2 tertentu menggunakan enjin pencari (Search Engine) dan direktori.

Jika website anda tidak disenaraikan di antara yang terbaik, iaitu di page pertama, samalah seperti website anda sebenarnya tidak wujud. Maka pelawat website anda hanyalah kawan2 atau kenalan terdekat sahaja.

Bagaimana untuk anda memastikan website anda berada pada rank terbaik dan “spider friendly.”

Anda boleh dapatkan tips dengan membaca keseluruhan post ini.

Apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan “Organic” Search Engine Optimization?

“Organic” SEO adalah proses oleh mendapat ranking atau tersenarai di enjin pencari secara semula jadi (secara percuma). Lihat gambar di bawah:-

Apa yang penting sangat dengan  Top Ranking ni…

  1. Setiap hari, di enjin pencari dan directori terdapat lebih kurang 300-500 juta data yang di cari. (info,produk, berita tentang seseorang dan sebagainya)
  2. Mengikut kajian statistik juga, terdapat lebih 80% pelangan2 internet mencari produk dan servis dengan menggunakan enjin pencari.
  3. Malangnya di sini, hanya 7% dr semua website di senarai atau wujud di enjin pencari mengikut kajian terbaru oleh StatMarket.com. Mengapa kebanyakan website tidak di senaraikan, ini adalah kerana website tersebut tidak di ‘optimize’kan secara maksimum untuk enjin pencari tahu tentang kewujudan website kita.

Enjin pencari yang top hari ini – GOOGLE.COM

seo-freelance-india-300x264

  • Google mendominasi 46% dr jumlah keselurahan perkongsian market.
  • Dr survey yang di jalankan terhadap pengguna yang menjalankan bisnes secara online, 82.9 dari mereka ini lebih berminat dengan enjin pencarian Google. (- fakta dari Marketing Sherpa, 2004).
  • Google mendapat 3x lebih tinggi dari Yahoo! berkenaan trafik pancarian oleh pengguna.

Maka,  ‘optimize’kan website anda untuk GOOGLE.

Bagainama untuk Optimize dan promosikan website anda  utk mendapat ranking terbaik di Enjin Pencari?

Otimize untuk Google dan enjin pencari yang lain seperti Yahoo dan MSN, ada 3 perkara asas yang kritikal perlu dilakukan dengan betul dan tepat.

  • Perkara asas #1 – Keywords & Content (Teks dan katacarian(keyword) bagi website anda)
  • Perkara asas #2 – Internal Linking (Bagaimana anda pautkan setiap halaman di website anda)
  • Perkara asas #3 – “Link Popularity” (Pautan dari website lain ke website anda (inbound link/backlink))

Page Index dan Asas Enjin Pencari (Search Engine)

August 24, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Ada perkara asas yang perlu kita ambil kira sebelum memulakan SEO dan seterusnya mendapat trafik dari enjin pencari. Dalam usaha kita untuk mendapatkan trafik dari enjin pencari anda perlu pertama sekali memastikan Blog anda di index di enjin pencari tersebut. Ini adalah langkah yang awal sekali selepas anda siap membina blog anda.

Bagaimana blog anda dapat di senaraikan jika enjin pencari tidak mengetahui tentang kewujudan blog anda?

Jadi, amat penting untuk kita mengetahui serba sedikit asas enjin pencari ini dan bagaimana ianya berfungsi. Enjin pencari Google mempunyai spider yang dipanggil Googlebots (setiap enjin pencari mempunyai spidernya sendiri, malah google mempunyai bebarapa spider). Fungsi utama spider ini adalah untuk merayap(crawl) dari satu laman ke laman yang lain dan menyimpan maklumat berkenaan laman web tersebut kedalam pengkalan data (database) enjin pencari masing.

Apabila enjin pencari ini menjumpai sesuatu laman web, ia akan membaca seluruh kandungan laman web tersebut termasuk, URL, Meta Tag, Title, Body dan juga Internal Link Structure, sebab itu sitemap adalah sangat penting didalam laman web anda. Kerana sitemap memberikan gambaran pemetaan yang mudah untuk enjin pencari memahami struktur laman web anda.

Kemudian enjin pencari akan membaca setiap link (outgoing/incoming link) yang berada dilaman web tersebut. Disinilah enjin pencari akan menjumpai laman web yang lain pula melalui link keluar dan ia akan melakukan proses yang sama iaitu membaca struktur laman web yang baru dijumpai dan sekiranya ia menjumpai external link keluar ia akan menjumpai laman web yang lain pula dan seterusnya. Disini, sekiranya ia menjumpai laman web yang baru (laman web anda), enjin pencari akan mula mengindex laman web tersebut.

Jadi bagaimana anda dapat memastikan laman Blog anda di index oleh enjin pencari?

Jawapannya ialah anda perlu mendapatkan link dari laman web yang lain ke laman blog anda. Link tersebut kita panggil sebagai incoming link ataupun yang popularnya disebut sebagai BACKLINK. Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan blog anda mendapat backlink dari laman Blog A, B, C, D & E. pula adalah anchor text yang ingin anda sasarkan dan ianya adalah keyword utama yang anda gunakan untuk membina laman blog anda.

backlinktoblog

Populariti sesuatu laman web itu bergantung kepada jumlah backlink dan juga kualiti backlink yang diterima.  Lebih banyak dan berkualiti backlink yang diterima, lebih popular laman web tersebut, dan populariti itu diukur dengan nilai disebut sebagai PAGERANK (PR). Ia bermula dengan Pagerank rendah iaitu PR0 sehingga PR10.

Laman web yang mempunyai Pagerank 6 ke atas akan di crawl oleh enjin pencari setiap hari.

Jadi untuk Blog anda di index dengan cepat, anda perlu mendapatkan backlink dari laman web yang mempunyai pagerank 6 keatas, supaya enjin pencari segera datang ke laman Blog anda dan seterusnya mengindexkan laman Blog anda di enjin pencari secepat mungkin.

Sekian dulu. Bersambung lagi seterusnya di post akan datang.