Projek terbaru digital-pages.net

January 5, 2010 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Salam para pembaca,

Hari ni saya amat berbesar hati nak citer sikit projek terbaru yang dalam proses pembikinan laman web yang berasaskan ruang2 iklan yang boleh di sewa. Minggu lepas saya telah pun membeli nama domain www.perniagaan1malaysia.com khas untuk sesiapa yang ingin mengiklankan perniagaan online mereka. Laman tersebut dalam proses lagi, masih berbentuk Blog Wordpress yang original.

Apa yang saya nak berkongsi disini hanyalah tentang bagaimana kita menjana income secara online. Jika anda bercita-cita untuk menjana duit secara online ini, apa yang perlu ada dlm diri hanyalah kesungguhan. Ramai blogger dan marketer di luar sana yang telah pun berjaya dengan bisnes online. Tidak kira la apa cara sekali pun. Salah satunya adalah dengan menwarkan ruangan iklan utk di sewakan pun boleh buat duit. Tidak semestinya anda mempunyai website khas untuk iklan sahaja, laman web anda sendiri misalnya blog juga boleh anda tawarkan ruangan iklanĀ  sewakan ruang iklan kepada sesapa yang nak promosi produk atau laman web mereka.

Jika anda perhatikan, para blogger yang mempunyai visitor yang ramai, biasanya mereka2 ini menawrkan ruangan iklan berbayar yang di ambil kira hari, minggu, bulan dan ada sehingga setahun. Walaupun hanya membabitkan 10 ruangan iklan sahaja, jika kesemua ruangan iklan tersebut di penuhi, anda boleh kira berapa keuntungan bersih yang mereka perolehi. Katakan ruangan iklan tersebut rm20 sebulan, 10 ruangan dah boleh memperolehi rm200.

Apa yang penting untuk sewakan ruangan iklan adalah tarikan visitor ker website anda. Sekiranya visitor anda adalah lebih 1000 sehari, maka mudah untuk anda mendapat pelanggan yang ingin menyewa ruangan iklan. Dalam erti kata lain, bagai mana untuk anda mendapat visitor yang ramai, teknik marketing anda perlulah kukuh. Ada pelbagai medium untuk mempromosikan laman anda untuk menarik ramai visitor.

Berbalik kepada projek terbaru dari digital-pages, saya amat berharap dengan laman yang saya bina www.perniagaan1malaysia.com, dapat menjana RM1000 sebulan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. untuk tempoh 6 bulan ini, penyediaan laman web, menbuat research tentang keyword yang perlu untuk menarik visitor dari Search engine dan sebagainya.

Note: Bulan ini, blog bisnes ini sekali lagi mencapai peningkatan PR kepada PR3. Laman web digital-pages telah di naik taraf sebagai laman web yang lebih profesional kerana digital-pages telah pun di registerkan di SSM sebagai salah sebuah syarikat Enterprise. Dengan pendaftaran ini lebih memantapkan lagi perniagaan internet saya di tahun ini. Insyaallah!!

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!