Perniagaan Internet

September 10, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Apakah yang kita faham tentang perniagaan internet? adakah sama seperti kita berniaga di pasaraya atau kedai-kedai? Sebenarnya, bagaimana kita faham bergantung kepada persepsi masing-masing. Bg saya perniagaan internet tidak lari jauh dr konsep sebenar perniagaan, cuma ianya berlaku di alam cyber, malah jika kita menjual barang di internet, kita tidak mengenali pun siapakah pembeli barang tersebut.

Mengapakah sekarang ini, ramai org berlumba2 untuk membuka perniagaan internet nih? jawapan mudah! setiap orang inginkan duit tambahan dan ianya boleh di lakukan secara sambilan. Perniagaan internet ini adakalanya tidak perlu mengeluarkan modal malah kita cuma boleh luangkan masa sejam dua sahaja utk melaksanakan perniagaan internet. Saya sendiri tertanya- tanya.. betul ke luangkan masa 2 3 jam di meja komputer utk menjalankan perniagaan internet ini? Setelah sy menceburi sendiri perniagaan internet ini secara sambilan. Adakalanya memerlukan sy mengadap komputer lebih dr 5 jam. adakalanya 2 3 jam..

Apa perniagaan internet yang kita boleh ceburi? anda boleh menjual pakaian, baju kurung, baju kanak2, buku-buku ilmiah dan buku cerita, menjual barangan kosmetik dan apa2 saja yang boleh di jual di luar pasti anda boleh jual sebagai perniagaan internet anda.

Seperti konsep perniagaan sebenar, anda tidak boleh menceburi bidang perniagaan ini secara membuta tuli. walaupun secara sambilan, namun sebut saja perniagaan sudah tentu anda perlukan perancangan sebelum memulakan langkah bak kata pepatah “jika anda gagal untuk merancang maka anda sedang merancang untuk gagal“.

Apakah kebaikan menjalankan perniagaan internet ini?. sebagai contoh, jika anda ada rakan yang membuka butik, anda boleh mempromosikan dan menjual pakaian dari butik rakan anda di internet sebagai permulaan perniagaan internet anda. Jika ada orang berminat untuk membeli. Anda boleh dapatkan baju tersebut dari kedai rakan anda dan poskan baju tersebut kepada pembeli. Apa kebaikannya?

1. Anda tidak perlu kedai. – sewa kedai dah baper mahal mengikut tempat.

2. Tidak perlu mengeluarkan modal. – Pekedai biasanya memerlukan modal utk menyimpan stok sikit utk jualan. duit tu!!

3. Anda tidak perlu menyimpan stok. – Kecairan wang tunai anda sentiasa mengalir baik.  Ada pelanggan beli dan bayar kepada anda, baru anda dapatkan produk dan poskan kepada pelanggan..

4. Tidak perlu bersusah payah membuka kedai 8pg – 10mlm – Anda menggunakan internet sebagai medium, jadi kedai maya anda beroperasi 24jam sehari.

5. Tidak perlu berjumpa pelanggan. – Menjalankan perniagaan internet tidak memerlukan kita berjumpa dengan pelanggan kita. Namun atas sebab2 tertentu adakalanya kita perlu berjumpa pelanggan juga, adakalanya utk menjaga reputasi.

Berikut adalah antara kebaikan membuka kedai maya yang boleh di katakan sebagai perniagaan internet. Jika anda lihat,  di negara luar ada byk perniagaan internet. Malah jika mereka mempunyai kedai sekali pun, sudah tentu barang mereka masih boleh di dapati secara online. Di malaysia hari nih, memang dah ramai yang membuka perniagaan internet. Namun jika di bandingkan, masih tidak ramai yang menjalankan secara teratur. Maksud teratur adalah, mempunyai website e-commerce, pembayaran terurus, semuanya atas satu klik sahaja.

Di sini, jangan pula anda memberi tanggapan negatif bahawa jika tiada website e-commerce yang teratur anda tidak akan berjaya. Perniagaan internet yang anda jalankan walau bagaimana sekali pun, jika ada pelanggan membeli produk yang anda jual, anda telah di kira berjaya. Bagaimana cara pembayaran, itu adalah soal kedua. Jika anda mempunyai website ecommerce yang GAH namun tiada pelanggan berkunjung, anda tetap di kira gagal.

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, perkara asas yang perlu anda sediakan adalah website. Kerana website adalah medium utk anda memperkenalkan kedai atau produk anda kepada pengunjung internet seterusnya menjadi pelanggan anda. Anda boleh membina website sendiri atau mengupah orang utk melakukannya. Untuk menjalankan perniagaan internet secara percuma, saya syorkan anda menggunakan platfom blog utk medium anda menjalankan perniagaan internet. Anda boleh menggunakan blogger.com atau wordpress.com.  Kedua2 platform ini ada menyediakan Theme yang sesuai utk anda pilih.

Setelah anda siapkan platfom atau tapak untuk perniagaan internet anda. Sekarang adalah masanya untuk anda mempromosikan website anda utk mendapatkan pengunjung. Jika di luar, peniaga biasanya mempromosikan kedai mereka dengan cara, menampal poster, mengedar risalah, percakapan mulut ke mulut dan berbagai2 lagi. Jika menjalankan perniagaan internet, anda juga perlu membuat promosi utk mendapat pengunjung kedai maya anda. Ada beberapa cara utk promosi dan di alam internet ini kita namakan sebagai pemasaran internet (internet marketing).  Secara umumnya, terdapat beberapa cara pemasaran.

1. Percakapan mulut ke mulut – Anda memberi tahu rakan2 anda tentang kewujudan perniagaan internet anda dan minta rakan anda memanjangkan ke rakan2 mereka.

2. Email – Anda boleh emel ke rakan2 andamemberitahu tentang perniagaan internet anda dan minta rakan anda emel ke rakan2 mereka. Adakalanya org melakukan SPAM kerana menghantar emel secara rawak ke emel2 yang tidak dikenali. (SPAM adalah amat tidak di galakkan)

3. Join Group. – Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana2 group di Yahoo atau google dan promosikan perniagaan internet anda di sana. Pastikan anda mendaftar ke group yang mempunyai bilangan ahli yang ramai.

4. Enjin pencari – pemasaran menggunakan enjin pencari sebagai medium, website perniagaan internet anda perlu berada di kedudukan baik utk menarik pengunjung internet melawat website anda. Untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari, anda perlu tahu tentang Search Engine Optimization (SEO).

5. Sosial Group. – Anda boleh mempromosikan website atau perniagaan internet anda kepada kenalan2 sosial seperti di Facebook, friendster dan sebagainya.

6. Banner – Anda boleh membuat banner dan tampalkan di website2 yang memberikan servis percuma. Ada juga yang berbayar.

7. Promosi secara offline – sama seperti kedai2 di luar, anda juga boleh mempromosi perniagaan internet anda seperti mereka dengan memberi pamplet, iklan di majalah dan surat kabar dan sebagainya.

Tidak kira apa- apa bidang perniagaan internet yang anda ceburi, tanamkan sifat ingin berjaya tidak kira berapa keuntungan yang anda dapat. Perniagaan internet ada sama seperti kita berniaga di luar, ia bukanlah seperti SKIM CEPAT KAYA. Anda perlu bersabar utk mendapat keuntungan dan ianya tidak datang bergolek. Sesiapa saja boleh menjalankan perniagaan internet jika betul-betul berusaha utk menjalankannya.

Comments

7 Responses to “Perniagaan Internet”
  1. eastmail says:

    Terima kasih…info dr TT sangat berguna. Jika ingin memohon Lesen Kementerian Kewangan M’sia, PKK, CIDB sila layari [http://laman-usahawan.blogspot.com….TERMURAH & TERBAIK!

  2. Halim says:

    Saya kagum dengan website saudara. dah berapa lama saudara terlibat dalam menulis blog ni .. saya ni baru belajar. banyak yang tak tahu lagi ni

    • Eddy Wijaya says:

      Salam Halim,
      Thanks sbb singgah di blog sy ni. saya pun masih baru lagi.. byk juga harus sy pelajari. Sy start menulis dan berkongsi tentang perniagaan internet pada Julai tahun ini. Sehingga sekarang baru 5 bulan saja. Jika tuan ada apa2 yang hendak dikongsikan, boleh la kita bertukar2 perkongsian.

  3. kendrox says:

    webnya keren juga, saya senang sekali membaca
    informasi yang ada di website ini, terutama
    segala tulisan internet marketing….Makasih ya om

  4. hanafi says:

    Terima kasih atas perkongsian yang bagus sekali bagi saya, maaf saya sedikit keliru admin ni org Malaysia atau Indonesia.

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] jangkakan bahawa anda telah mengetahui apakah perniagaan internet dan ingin bermula dengan perniagaan internet ini. Dengan membaca blog ini, saya akan berkongsi [...]



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!