Penghijrahan dari Mesrahosting ke BlueHost

December 28, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online, Umum

Salam kepada pembaca,

Hari ni settle segala penghijrahan hosting saya. Setelah 2 tahun saya menggunakan perkhidmatan Mesrahosting.net, sekarang saya beralih angin ke bluehost.com. Bagaimana saya boleh memilih bluehost adalah kerana review yang diberikan amatlah menyakinkan. Pada mulanya saya ingin beralih ke hosting yang di hostkan di US dan saya berjumpa dengan Webhostingpad.com kerana tertarik dengan harga yang di berikan amatlah murah. Sebelum memulakan langkah seterusnya, perlulah kita lihat dulu latar belakang, review yang di berikan pengguna serta testimoni oleh pelanggan webhosting. Daripada review yang saya baca, ia agak mengecewakan. Dlm website review tersebut, ada menyatakan hosting yang paling baik dan bagus dari segi perkhidmatan dan juga harga iaitu bluehost.com.

Dengan bluehost.com walaupun mahal sedikit berbanding dengan hosting lama saya iaitu Mesrahosting.net dengan RM100 utk kadar tahunan dengan 10GB space dan 3 domain yang boleh di gunakan manakala dengan blue host, sy di kenakan $3.95/month. Namun dengan bluehost sy mendapat unlimited space dan juga unlimited domain, bukan setakat itu sahaja, malah saya layak utk mendapat nama domain percuma sepanjang hayat selagi saya menggunakan hosting dari blue host. Selain dari itu, bluehost menawarkan Yahoo Search Services bernilai $25, Google Adword bernilai $50 dan ada beberapa lagi promosi. Dengan promosi tersebut pun buatkan sy berpuas ati dan berbaloi mengeluarkan $94.80 untuk tempoh 2 tahun.

Dari segi perhidmatan bluehost.com saya tidak dapat komen apa2 lagi selain berharap ianya adalah tepat seperti yang di katakan oleh penulis review tersebut. Jika ianya benar seperti yang dikatakan, berkemungkinan saya akan meneruskan penggunaan hosting dari bluehost. Terdapat beberapa review yang di dapati, kebanyakan review memberi tanggapan yang sangat positif terhadap bluehost.

Comments

2 Responses to “Penghijrahan dari Mesrahosting ke BlueHost”
  1. Tito says:

    SEO memang sangat perlu, saya sendiri masih belajar SEO. Maklum Msh newbie. terima kasih atas info SEO nya

    • Eddy Wijaya says:

      Hi Tito, thanks sbb komen.. sejak sy memulakan benda2 yang berkaitan internet nih.. tak kira la blog ker.. website jualan ker.. memang SEO tu penting.. namun kita jgn hanya tertumpu pada SEO sahaja…. sbb SEO tu cuma SALAH SATU dr byk2 alat atau medium utk marketing.. kita kena balik ke tujuan wbsite yg kita bina.. yang utama adalah kekerapan kunjungan pelawat.. tak kira samaada dr search engine atau dari perkongsian banner atau dari mana2 saja banner yg kita tampal utk tujuan promosi… ada orang dapat kunjungan ramai dengan hanya bertukar2 link/banner sahaja..
      Harap membantu..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!