Page Index dan Asas Enjin Pencari (Search Engine)

August 24, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Ada perkara asas yang perlu kita ambil kira sebelum memulakan SEO dan seterusnya mendapat trafik dari enjin pencari. Dalam usaha kita untuk mendapatkan trafik dari enjin pencari anda perlu pertama sekali memastikan Blog anda di index di enjin pencari tersebut. Ini adalah langkah yang awal sekali selepas anda siap membina blog anda.

Bagaimana blog anda dapat di senaraikan jika enjin pencari tidak mengetahui tentang kewujudan blog anda?

Jadi, amat penting untuk kita mengetahui serba sedikit asas enjin pencari ini dan bagaimana ianya berfungsi. Enjin pencari Google mempunyai spider yang dipanggil Googlebots (setiap enjin pencari mempunyai spidernya sendiri, malah google mempunyai bebarapa spider). Fungsi utama spider ini adalah untuk merayap(crawl) dari satu laman ke laman yang lain dan menyimpan maklumat berkenaan laman web tersebut kedalam pengkalan data (database) enjin pencari masing.

Apabila enjin pencari ini menjumpai sesuatu laman web, ia akan membaca seluruh kandungan laman web tersebut termasuk, URL, Meta Tag, Title, Body dan juga Internal Link Structure, sebab itu sitemap adalah sangat penting didalam laman web anda. Kerana sitemap memberikan gambaran pemetaan yang mudah untuk enjin pencari memahami struktur laman web anda.

Kemudian enjin pencari akan membaca setiap link (outgoing/incoming link) yang berada dilaman web tersebut. Disinilah enjin pencari akan menjumpai laman web yang lain pula melalui link keluar dan ia akan melakukan proses yang sama iaitu membaca struktur laman web yang baru dijumpai dan sekiranya ia menjumpai external link keluar ia akan menjumpai laman web yang lain pula dan seterusnya. Disini, sekiranya ia menjumpai laman web yang baru (laman web anda), enjin pencari akan mula mengindex laman web tersebut.

Jadi bagaimana anda dapat memastikan laman Blog anda di index oleh enjin pencari?

Jawapannya ialah anda perlu mendapatkan link dari laman web yang lain ke laman blog anda. Link tersebut kita panggil sebagai incoming link ataupun yang popularnya disebut sebagai BACKLINK. Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan blog anda mendapat backlink dari laman Blog A, B, C, D & E. pula adalah anchor text yang ingin anda sasarkan dan ianya adalah keyword utama yang anda gunakan untuk membina laman blog anda.

backlinktoblog

Populariti sesuatu laman web itu bergantung kepada jumlah backlink dan juga kualiti backlink yang diterima.  Lebih banyak dan berkualiti backlink yang diterima, lebih popular laman web tersebut, dan populariti itu diukur dengan nilai disebut sebagai PAGERANK (PR). Ia bermula dengan Pagerank rendah iaitu PR0 sehingga PR10.

Laman web yang mempunyai Pagerank 6 ke atas akan di crawl oleh enjin pencari setiap hari.

Jadi untuk Blog anda di index dengan cepat, anda perlu mendapatkan backlink dari laman web yang mempunyai pagerank 6 keatas, supaya enjin pencari segera datang ke laman Blog anda dan seterusnya mengindexkan laman Blog anda di enjin pencari secepat mungkin.

Sekian dulu. Bersambung lagi seterusnya di post akan datang.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!