Perniagaan internet dengan Mind Set yang betul
October 1, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Saya jangkakan bahawa anda telah mengetahui apakah perniagaan internet dan ingin bermula dengan perniagaan internet ini. Dengan membaca blog ini, saya akan berkongsi tips2 untuk memulakan perniagaan internet dan peluang2 yang boleh menjana ringgit kedalam akaun bank kita.
Masalahnya adalah, di manakah permulaannya? perkara penting memulakan perniagaan, termasuklah perniagaan internet adalah bermula dari minda kita. Kita perlu set kan minda kita mengenai perniagaan yang kita ingin lakukan. Utk permulaan, kita tidak perlu tahu tentang pemasaran online, cara kerja internet termasuklah programming. Yang perlu hanyalah mindset yang betul tentang apakah perniagaan internet dan apakah yang berada di sebalik konsep perniagaan itu sendiri.
Bagaimana membentuk mindet yang betul? Anda cuma perlu belajar dan meniru bagaimana usahawan-usahawan internet yang telah berjaya berfikir. Mudah bukan?
Berikut antara yang patut berada dalam minda anda jika anda ingin memulakan perniagaan internet ini:-
- Alasan – Tanya kepada diri sendiri, mengapa anda ingin memulakn perniagaan internet ini? alasan yang kukuh akan membantu anda dalam menentukan jalan yang betul untuk mencapai kejayaan anda.
- Fokus - Pelajari selok belok perniagaan internet dan pilih model perniagaan internet yang sesuai dengan anda. Apakah pemasaran affiliate, paid review, content advertising, jual produk online dan sebagainya.
- Tahu tahap kemahiran anda – Ketahui juga apakah aspek kekuatan dan kemahiran yang anda miliki, selain dr kemahiran anda, anda boleh menyalurkan kepada yang lebih berkemahiran untuk menutup kelemahan anda. Misalnya anda memilih perniagaan internet yang merupakan blog monetizing, dan kemahiran anda adalah anda tahu cara untuk menarik trafik yang tinggi, tetapi anda tidak berapa mahir menulis utk kandungan blog anda, anda boleh menyalurkan penulisan kandungan kepada yang berkemahiran dengan mengupah orang lain menulis kandungan blog tersebut.
- Konsisten – Sediakan ‘time frame’ untuk aktiviti perniagaan online anda. Mengapa saya katakan ‘time frame’ adalah kerana anda perlu pecahkan kerja perniagaan internet anda kepada beberapa bahagian dan lakukan secara konsisten setiap bahagian tersebut. Contohnya, katakan anda melakukan blog monetizing, anda boleh pecahkan kepada 3 bahagian, 1.penulisan kandungan, 2. membuat promosi blog,3. mencari artikel dan membaca blog2 lain yang boleh memberi idea. Susun secara teratur dan jangan menyerah sebelum anda mendapatkan hasil. Adakalanya sesetengah orang, menulis di blog adalah hobi namun jika di buat dengan betul, ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan.






