Asas 2 : Membina Laman Asas (blogger,wordpress, website)
July 25, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under Adsense
Blog atau website yg mesra enjin pencari bermaksud blog atau laman web anda memenuhi kriteria yang di kehendaki oleh enjin pencari untuk di senaraikan (index) di injin pencari seterusnya mendapat kedudukan yang baik. (10 kedudukan di atas).
Terdapat beberapa blog percuma yang anda boleh guna utk laman web adsense anda.
Di sini saya tidak akan menunjukkan 100% bagaimana untuk mendaftar secara percuma di 2 laman yg di sebut di atas. Saya cuma akan menerangkan bagaimana utk mengoptimasi (On-Site- Optimization) kan laman web tersebut supaya lebih mesra enjin pencari.
Kriteria 1: Tajuk dan URL blog
Tajuk dan URL semestinya berasaskan keyword yg telah anda cari. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menggunakan “home improvement”, maka tajuk dan url blog anda mestilah berasaskan keyword tersebut. Contoh.
home-improvement.blogspot.com
homeimprovement.blogspot.com
home-improvement.wordpress.com
homeimprovement.wordpress.com
Nota: sebaik-baiknya anda menggunakan “hypen” (-) untuk memisahkan keyword anda sekiranya keyword anda mempunyai beberapa patah perkataan.
Menggunakan keyword sebagai nama domain adalah sangat penting kerana sebelum Googlebot membaca kandungan blog anda, ia akan membaca domain atau url anda. Contoh seperti salah satu laman web utk adsense saya www.abouttattoo.info. Apakah kesilapan yang saya lakukan? nama domain saya tidak di pisahkan oleh hypen(-). Nama domain tersebut lebih niche dan mesra enjin pencari jika di namakan begini www.about-tattoo.info.
Kriteria 2 : Pemilihan blog dan template
Jika anda memilih blogger.com, saya mencadangkan anda memilih “minima” sebagai template anda kerana ia mempunyai background yang putih, ringkas dan tidak berselerak. Ia tidak mempunyai bold dan background yang boleh menenggelamkan iklan adsense di laman web tersebut seterusnya menghilangkan perhatian pengunjung daripada iklan adsense anda.
Kriteria 3 : Optimasi laman web/blog
Teknik ini membantu anda untuk melakukan setting pada blog anda untuk memenuhi kriteria enjin pencari.
a. Title – di ruangan title, masukkan keyword anda sebagai tajuk anda.
b. Description – Masukkan perkataan keyword utk ayat penerangan anda sekurang2nya 2 kali.
c. Meta tag – meta tag akan membantu Enjin pencari memahami blog anda dengan lebih mudah dengan melihat kepada keyword yang perlu di index dan juga description blog anda. Ianya seperti ringkasan blog/laman web anda.
Seperti di bawah, ada 2 <meta> tags yang penting untuk di masukkan ke dalam blog anda.
<meta name=”keywords” content=”Senarai Keywords” />
<meta name=”description” content=”Description Blog” />
meta tag dengan name=”description” digunakan utk memberi penerangan ringkas berkenaan blog anda. Enjin pencari kadangkala menunjukkan meta tag ini apabila blog/laman web anda di indeks di SERP pencari enjin.
Apabila anda mengisi maklumat Meta tags description, pastikan anda menceritakan sesuatu yang akan menarik perhatian pengunjung dan pastikan ia mengandungi keyword anda sekurang2nya 2 kali. Jangan mengisi lebih dari 150 characters.
Meta tag dengan name=”Keywords” memberitahu enjin pencari, keyword mana yang anda inginkan supaya enjin pencari mengindex kan Blog anda.
tips: Sekiranya anda tidak mengetahui bagaimana untuk menulis blog description anda, lakukan sedikit intipan pada laman web pesaing anda untuk melihat meta tag keyword dan description yang mereka gunakan. Pergi ke Google
dan taipkan keyword anda, buka laman web yang berada di posisi teratas dan “view source” laman web mereka. Dan Anda boleh dapatkan idea menulis meta tag anda dengan melihat meta tag dari website tersebut.







Memiliki sebuah blog Wordpress professional pada masa kini adalah bukan suatu yang mustahil kepada semua orang. Malah untuk setup blog hanya memerlukan masa 5 minit sahaja