Perniagaan Internet

September 10, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Apakah yang kita faham tentang perniagaan internet? adakah sama seperti kita berniaga di pasaraya atau kedai-kedai? Sebenarnya, bagaimana kita faham bergantung kepada persepsi masing-masing. Bg saya perniagaan internet tidak lari jauh dr konsep sebenar perniagaan, cuma ianya berlaku di alam cyber, malah jika kita menjual barang di internet, kita tidak mengenali pun siapakah pembeli barang tersebut.

Mengapakah sekarang ini, ramai org berlumba2 untuk membuka perniagaan internet nih? jawapan mudah! setiap orang inginkan duit tambahan dan ianya boleh di lakukan secara sambilan. Perniagaan internet ini adakalanya tidak perlu mengeluarkan modal malah kita cuma boleh luangkan masa sejam dua sahaja utk melaksanakan perniagaan internet. Saya sendiri tertanya- tanya.. betul ke luangkan masa 2 3 jam di meja komputer utk menjalankan perniagaan internet ini? Setelah sy menceburi sendiri perniagaan internet ini secara sambilan. Adakalanya memerlukan sy mengadap komputer lebih dr 5 jam. adakalanya 2 3 jam..

Apa perniagaan internet yang kita boleh ceburi? anda boleh menjual pakaian, baju kurung, baju kanak2, buku-buku ilmiah dan buku cerita, menjual barangan kosmetik dan apa2 saja yang boleh di jual di luar pasti anda boleh jual sebagai perniagaan internet anda.

Seperti konsep perniagaan sebenar, anda tidak boleh menceburi bidang perniagaan ini secara membuta tuli. walaupun secara sambilan, namun sebut saja perniagaan sudah tentu anda perlukan perancangan sebelum memulakan langkah bak kata pepatah “jika anda gagal untuk merancang maka anda sedang merancang untuk gagal“.

Apakah kebaikan menjalankan perniagaan internet ini?. sebagai contoh, jika anda ada rakan yang membuka butik, anda boleh mempromosikan dan menjual pakaian dari butik rakan anda di internet sebagai permulaan perniagaan internet anda. Jika ada orang berminat untuk membeli. Anda boleh dapatkan baju tersebut dari kedai rakan anda dan poskan baju tersebut kepada pembeli. Apa kebaikannya?

1. Anda tidak perlu kedai. – sewa kedai dah baper mahal mengikut tempat.

2. Tidak perlu mengeluarkan modal. – Pekedai biasanya memerlukan modal utk menyimpan stok sikit utk jualan. duit tu!!

3. Anda tidak perlu menyimpan stok. – Kecairan wang tunai anda sentiasa mengalir baik.  Ada pelanggan beli dan bayar kepada anda, baru anda dapatkan produk dan poskan kepada pelanggan..

4. Tidak perlu bersusah payah membuka kedai 8pg – 10mlm – Anda menggunakan internet sebagai medium, jadi kedai maya anda beroperasi 24jam sehari.

5. Tidak perlu berjumpa pelanggan. – Menjalankan perniagaan internet tidak memerlukan kita berjumpa dengan pelanggan kita. Namun atas sebab2 tertentu adakalanya kita perlu berjumpa pelanggan juga, adakalanya utk menjaga reputasi.

Berikut adalah antara kebaikan membuka kedai maya yang boleh di katakan sebagai perniagaan internet. Jika anda lihat,  di negara luar ada byk perniagaan internet. Malah jika mereka mempunyai kedai sekali pun, sudah tentu barang mereka masih boleh di dapati secara online. Di malaysia hari nih, memang dah ramai yang membuka perniagaan internet. Namun jika di bandingkan, masih tidak ramai yang menjalankan secara teratur. Maksud teratur adalah, mempunyai website e-commerce, pembayaran terurus, semuanya atas satu klik sahaja.

Di sini, jangan pula anda memberi tanggapan negatif bahawa jika tiada website e-commerce yang teratur anda tidak akan berjaya. Perniagaan internet yang anda jalankan walau bagaimana sekali pun, jika ada pelanggan membeli produk yang anda jual, anda telah di kira berjaya. Bagaimana cara pembayaran, itu adalah soal kedua. Jika anda mempunyai website ecommerce yang GAH namun tiada pelanggan berkunjung, anda tetap di kira gagal.

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, perkara asas yang perlu anda sediakan adalah website. Kerana website adalah medium utk anda memperkenalkan kedai atau produk anda kepada pengunjung internet seterusnya menjadi pelanggan anda. Anda boleh membina website sendiri atau mengupah orang utk melakukannya. Untuk menjalankan perniagaan internet secara percuma, saya syorkan anda menggunakan platfom blog utk medium anda menjalankan perniagaan internet. Anda boleh menggunakan blogger.com atau wordpress.com.  Kedua2 platform ini ada menyediakan Theme yang sesuai utk anda pilih.

Setelah anda siapkan platfom atau tapak untuk perniagaan internet anda. Sekarang adalah masanya untuk anda mempromosikan website anda utk mendapatkan pengunjung. Jika di luar, peniaga biasanya mempromosikan kedai mereka dengan cara, menampal poster, mengedar risalah, percakapan mulut ke mulut dan berbagai2 lagi. Jika menjalankan perniagaan internet, anda juga perlu membuat promosi utk mendapat pengunjung kedai maya anda. Ada beberapa cara utk promosi dan di alam internet ini kita namakan sebagai pemasaran internet (internet marketing).  Secara umumnya, terdapat beberapa cara pemasaran.

1. Percakapan mulut ke mulut – Anda memberi tahu rakan2 anda tentang kewujudan perniagaan internet anda dan minta rakan anda memanjangkan ke rakan2 mereka.

2. Email – Anda boleh emel ke rakan2 andamemberitahu tentang perniagaan internet anda dan minta rakan anda emel ke rakan2 mereka. Adakalanya org melakukan SPAM kerana menghantar emel secara rawak ke emel2 yang tidak dikenali. (SPAM adalah amat tidak di galakkan)

3. Join Group. – Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana2 group di Yahoo atau google dan promosikan perniagaan internet anda di sana. Pastikan anda mendaftar ke group yang mempunyai bilangan ahli yang ramai.

4. Enjin pencari – pemasaran menggunakan enjin pencari sebagai medium, website perniagaan internet anda perlu berada di kedudukan baik utk menarik pengunjung internet melawat website anda. Untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari, anda perlu tahu tentang Search Engine Optimization (SEO).

5. Sosial Group. – Anda boleh mempromosikan website atau perniagaan internet anda kepada kenalan2 sosial seperti di Facebook, friendster dan sebagainya.

6. Banner – Anda boleh membuat banner dan tampalkan di website2 yang memberikan servis percuma. Ada juga yang berbayar.

7. Promosi secara offline – sama seperti kedai2 di luar, anda juga boleh mempromosi perniagaan internet anda seperti mereka dengan memberi pamplet, iklan di majalah dan surat kabar dan sebagainya.

Tidak kira apa- apa bidang perniagaan internet yang anda ceburi, tanamkan sifat ingin berjaya tidak kira berapa keuntungan yang anda dapat. Perniagaan internet ada sama seperti kita berniaga di luar, ia bukanlah seperti SKIM CEPAT KAYA. Anda perlu bersabar utk mendapat keuntungan dan ianya tidak datang bergolek. Sesiapa saja boleh menjalankan perniagaan internet jika betul-betul berusaha utk menjalankannya.

Terma & Syarat Google Adsense

September 6, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

Google Inc sangat mengambil berat dan perhatian terhadap terma & syarat program yang mereka sediakan demi untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga parti iaitu Advertiser, Publisher dan Visitor.
Sebarang tindakan yang melanggar terma & syarat program yang disediakan oleh Google akan menyebabkan akaun Google Adsense anda akan dimatikan.
Antara syarat yang perlu anda patuhi ialah:-
1. Anda Tidak boleh melakukan klik terhadap iklan Adsense di blog anda.
2. Tidak boleh menyuruh rakan-rakan anda melakukan klik pada iklan Adsense di blog anda.
3. Tidak boleh menggunakan script untuk meningkatkan page impression secara automatik.
4. Tidak boleh memberi arahan bertulis meminta pengunjung klik iklan Adsense anda.
5. Tidak boleh membina blog berkenaan SEX, Alcohol, Drug, Pornography, tobacco & sebagainya.

Maklumat penuh boleh anda dapatkan pada pautan yang diberikan dibawah:-
https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=48182

Asas 4: Meletakkan code Google Adsense di laman web anda

August 18, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

1. Kaedah Mendapatkan Java Script Google AdSense

Sebelum meletakkan code Google Adsense di laman web anda, anda juga perlu tahu bagaimana utk mendapatkan code tersebut.  Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimanakah kaedah mendapatkan kod java script Adsense dari akaun Google Adsense untuk dimasukkkan ke dalam blog anda.

Langkah 1: Login ke Account Adsense anda menggunakan maklumat login yang anda perolehi ketika memohon Google Adsense account sebelum ini.

http://www.google.com/adsense

Langkah 2: Pergi ke bahagian “Adsense Setup” dan anda akan dapati Google Adsense mempunyai 4 produk utama seperti yang dapat anda lihat pada gambar dibawah:-

adsense-java-ccript

Saya cuma akan hanya menerangkan 2 produk utama iaitu Adsense for Content dan Adsense for Search. Dua produk lagi adalah produk terbaru dari Google.

Adsense for Content

Adsense for content mempunyai dua jenis iklan Adsense iaitu “Ad unit” dan “Link unit”. Untuk pengetahuan anda di dalam satu page, anda boleh meletakkan tiga Ad unit dan tiga Link unit.

Saya akan menerangkan dengan lebih mendalam berkenaan iklan “Ad unit” terlebih dahulu dan akan di ikuti pula oleh “Link unit”.

adsense-for-content

Ad unit

Ad unit mempunyai 2 bentuk iklan iaitu “Text ads” dan “Image ads”. Anda boleh memilih salah satu darinya atau anda juga boleh memilih kedua-duanya untuk muncul di blog anda.

Contoh Text Ads:

cth-text-ads

Contoh Image Ads:

cth-image-ads

Untuk melihat kesemua jenis dan format Text dan Image ads, sila lihat pada link yang diberikan dibawah:

https://www.google.com/adsense/static/en_US/AdFormats.html

Langkah 3: Pilih “Text ads” untuk Ad unit
Saya mencadangkan anda memilih Text ads kerana ia lebih berkesan. Untuk mendapatkan java script “Ad unit”, tandakan butang “Ad unit” dan klik “continue”.

adsense-for-content

Langkah 4: Pilih format iklan Adsense
Anda akan diberikan pilihan untuk memilih format iklan yang anda inginkan diblog anda.

format-iklan

Didalam contoh ini saya cadangkan anda memilih “728×90 Leaderboard” format.

leaderboard728x90

Langkah 5: Gunakan format colour seperti yang saya tunjukkan dibawah dan klik continue:-

format-color

Note: Pemilihan format iklan mestilah bersesuaian dengan template blog anda.
Anda akan diminta untuk memasukkan channel URL, anda boleh menggunakan adsense channel sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog. Ianya bertujuan untuk melihat performance setiap daripada blog anda. Ini memudahkan anda untuk membuat pemantauan terhadap setiap blog yang dibina dalam menentukan blog yang mana lebih perform. Ini membolehkan anda melakukan “fine tuning” dan optimization terhadap iklan adsense dan juga blog anda.

all-channel

Nota: Anda melihat paparan ini tidak sama dengan paparan anda kerana saya mempunyai lebih
dari satu blog.

Didalam contoh ini, anda tidak perlu melakukan channel setting, klik “continue”.  Langkah seterusnya anda akan diminta untuk menamakan kod Ad unit anda. Anda boleh menamakan mengikut nama domain di ikuti dengan jenis format iklan. Sebagai contoh anda mempunyai blog dengan nama domain MyDomain.blogspot.com dan format iklan anda ialah “728×90 Leaderboard” maka anda namakan ia MyDomain-728×90 (sebagai contoh)  Setelah menamakan iklan anda, klik “Submit and Get Code” dan anda akan diberikan oleh google, kod AdSense untuk diletakkan diblog anda.

adsense-unit-code

Highlightkan code di dalam kotak tersebut dan copy ke blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya untuk melihat bagaimana meletakkan kod ini pada blog anda.

Link unit

Perbezaan antara Ads unit dan Link unit ialah Link unit tidak mempunyai image dan juga text, ianya hanyalah terdiri daripada senarai pautan (links). Sil lihat salah satu contoh Link unit seperti dibawah:-

cth-link-unit

Langkah 1: Untuk mendapatkan Java code untuk Link unit, tandakan Link unit seperti yang anda lihat dibawah dan klik “continue”.

langkah1-link-unit

Langkah seterusnya, anda diminta untuk memilih format Link unit yang anda kehendaki. Sila rujuk pada link yang saya berikan untuk melihat format Link unit.

https://www.google.com/adsense/static/en_US/AdFormats.html (scroll dibahagain bawah sekali)
Langkah 2: Didalam contoh ini, saya cadangkan anda memilih Link unit format 468×15 (4 units).

langkah2-link-unit

Langkah 3: Tukarkan warna format iklan Link unit seperti dibawah dan click “continue”.

langkah3-link-unit

Langkah 4: Abaikan setting untuk channel buat masa ini dan click “continue”. Namakan iklan Link unit anda seperti yang telah saya terangkan sebelum ini dan klik “Submit and Get Code”.

langkah4-link-unit

Highlightkan kod yang diberikan dan copy ke blog anda. Sila lihat modul yang seterusnya bagaimana untuk meletakkan kod ini pada blog anda.

Akhir sekali,

2.Bagaimana Meletakkan Code Adsense.

Di post ini, saya cuma akan menunjukkan bagaimana memasukkan code di blogspot.com sahaja dan perkara sama juga secara asasnya untuk memasukkan code Adsense utk website atau blog lain seperti wordpress.com.

Kaedah Pertama – Add a Gadget –> Adsense Widget

kaedah-1

Kaedah Kedua – Add a Gadget –> HTML/JavaScript Widget

kaedah-2

Kaedah pertama adalah lebih mudah untuk “Newbie” (mereka yang baru) dan kedah kedua adalah pada mereka yang sudah agak berpengalaman dimana anda boleh melakukan “customisation” kepada kod Adsense.  Saya akan tunjukkan bermula dengan kaedah pertama dan dikuti dengan kaedah kedua.

Kaedah Pertama – Adsense Widget

Langkah 1: Login ke akaun blog anda di http://www.Blogger.Com

Langkah 2: Klik “Layout”

dashboard

Langkah 3: Klik “Add a Gadget”

add-gadjet

Langkah 4: Klik “Adsense”

kaedah-1

Langkah 5: Anda akan dapat melihat window seperti dibawah, ikut setting yang saya berikan.

langkah5-addcode

Langkah 6: Adsense code anda akan mucul di sidebar seperti dibawah, anda perlu tarik kotak tersebut dan letakkan melintang dibawah “magnetic jewelry clasp” header kerana format “728×90 Leaderboard” sesuai diletakkan dibawah header atau dibawah footer.

langkah6- addcode

Lihat contoh yang diberikan seperti dibawah:-

langkah6-2addcode

Langkah 7: Klik “Save” dan kemudian “View Blog” anda untuk melihat blog anda yang telah mempunyai Adsense.

final-mage

Skiranya anda tidak berpuas hati dengan format yang telah anda pilih dan ingin membuat perubahan, anda boleh melakukan editing kepada iklan Adsense tersebut. Sila rujuk langkah dibawah untuk melakukan editing pada iklan Adsense anda.

langkah7-2addcode

Klik “edit’ pada kotak Adsense yang telah anda bina dan lakukan editing seperti mana yang anda kehendaki kemudian pastikan anda klik “Save”, view sekali lagi blog anda sehingga anda berpuas hati.
Langkah seterusnya adalah memasukkan kod adsense melalui kaedah kedua.

Kaedah Kedua – HTML/Javascript Widget

Kaedah kedua memasukkan kod Adsense ke dalam blog adalah lebih sesuai digunakan sekiranya anda menggunakan kod Adsense yang di bina sendiri dari akaun Google Adsense anda.

Langkah awal adalah sama seperti kaedah pertama, iaitu login ke akaun blogger.com, kemudian klik “Layout” dan klik “Add a Gadget”. Pilih option “HTML/JavaScript” seperti yang anda lihat dibawah:

kaedah-2

Masukkan atau “Paste” Java code Adsense yang anda copy dari akaun Adsense anda seperti yang saya tunjukkan pada modul sebelum ini selepas itu klik “SAVE”. (kosongkan bahagian “Title”)

langkah2-save

Sekiranya anda terlupa untuk copy kod adsense yang anda bina sebelum ini, anda boleh mendapatkannya semula dengan login ke akaun Adsense, klik “Adsense Setup” kemudian klik “Manage Ads”. Pilih kod Adsense yang anda mahukan dengan melakukan klik pada “code” seperti yang dapat dilihat pada gambar dibawah:-

manage-ads

Tarik code adsense yang baru anda masukkan dan letakkan dibawah header melintang. (lihat gambar dibawah)

langkah6-2addcode

Klik “SAVE” dan “View a Blog” anda untuk melihat blog anda dengan kod adsense yang baru anda masukkan.

final-mage

Format dan posisi iklan Adsense anda ditentukan oleh anda sendiri dan ianya haruslah bersesuaian dengan blog template yang anda pilih ketika membina blog anda.
Saya cadangkan anda mahirkan diri anda dengan melatih diri menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada akaun blogger.com dan akaun Adsense anda. Jangan takut untuk mencubanya. Sekarang blog anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense. Apabila pengunjung datang ke blog anda dan klik iklan google adsense tersebut anda akan dibayar oleh google.

Cari Duit Online!

August 4, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Dapatkan ilmu  cari duit online menerusi blog ini,

Cari duit online yang akan saya ulaskan disini bukanlah sesuatu perkara yang aneh, sememangnya kira boleh cari duit melalui internet ini.  Sejak dari tahun 2007 saya mula mencari jalan dan peluang untuk cari duit secara sampingan tanpa modal. Namun kebanyakan duit sampingan yang hendak di kejar semuanya memerlukan saya mengeluarkan modal. Oleh kerana terikat dengan bajet bulanan yang amat ketat, sukar utk saya mendapatkan  modal, jadi saya menjalankan misi utk cari duit secara online ini.

Bermula dari 2007, saya mula berjinak-jinak dengan dunia internet, namun mata saya masih belum di bukakan lagi dengan teknik- teknik jana atau cari duit online termasuklah adsense(ini memang cara mudah dapat duit internet). Saya mula mendapatkan buku-buku ilmiah berkenaan cari duit internet, pemasaran internet, hal-hal bisnes internet yang boleh cari duit dah sebagainya. Buku saudara Irfan Khairi telah saya baca (Rahsia Jutawan2 internet terbongkar). Tp mata dan minda saya masih tertutup dan masih tidak nampak apakah sebenarnya yang jutawan internet ini buat sehingga mereka ini boleh menjadi jutawan dengan cari duit di internet  sahaja. Bukan 10 atau 20 ringgit, malah berpuluh ribu dan ada yang jutaan duit masuk kedalam kocek mereka. Bukan hanya Irfan Khairi seorang sahaja bergelar jutawan dengan buat duit dr internet malah ramai lagi jutawan2 lain yang hanya buat duit secara online sehingga mereka menjadikan internet sebagai bisnes sepenuh masa.

Tidak cukup dengan buku biasa, saya mula mengenali buku digital iaitu Ebooks, bagaimana cari duit dr Adsense oleh saudara Munawar. Memang sungguh berkesan dan berbaloi saya membaca dan mempraktikkan apa yang di taipkan dlm eBooks tersebut. Dr A sehingga Z. Sehinggalah cara untuk mengoptimasikan website/Blog untuk mendapat rangking terbaik di muka pertama Search Engine. Di samping itu, banyak ebooks lain berkenaan adsense dan cari duit online telah saya baca yang kebanyakannya dr luar negara.

Dengan permulaan dr buku saudara Munawar(buit duit adsense), baru lah saya sedar, memang boleh buat duit dari internet ni. Dan pada pendapat saya, tahun ini (2009) penggiat2 internet marketer(IM) ni tumbuh bagai cendawan, malah masing-masing mempromosikan ebooks yang berkaitan buat duit di internet. Memang boleh dikatakan ada di antaranya bagus untuk di baca. Namun sesetengahnya, hanyalah secara umum atau sekadar terjemahan dr eBooks luar negara.  Ada diantara mereka ini mendapat puluhan ribu ringgit dengan hanya menjual produk digital tulisan orang lain.

Selepas ebook Munawar(buat duit adsense), saya amat tertarik dengan tajuk yg saya jumpa iaitu salah satu cara cari duit internet  “Bagaimana saya menjana RM4329.60 dlm masa 3 hari di youtube.com“. Setelah mengkaji dan mendapat nasihat di forum, ramai yang kata pakej vedio tersebut bagus. Untuk pengatahuan anda, saya telah mendapatkan pakej tersebut dengan harga RM70. Tunjuk ajar yang di berikan berkenaan cari duit menggunakan youtube sebagai medium markerting memang bagus namun secara jujurnya sehingga kita saya masih belum mendapat apa2 hasil jualan.

Bukan mudah untuk kita cari duit secara online malahan tanpa modal. Dengan pembelian2 material dan ebooks sebagai panduan boleh di kira sebagai modal la tu kan. Tp itu la hakikatnya, saya rasa berbaloi keluar modal utk menambah pengetahuan tentang cari duit internet.

Setelah saya mendapat beberapa ilmu tentang cari duit ini, saya dapat simpulkan. Jika kita terjah atau masuk ke bidang internet utk cari duit, yang paling UTAMA adalah trafik ke website kita. Dah sebab itulah dalam buku Irfan Khairi selalu sebut. PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI dan PROMOSI.

Dan sebelum memulakan langkah cari duit internet ini, kita perlu persiapkan diri dengan ilmu internet marketing, salah satu drnya ada lah Search  Engine Marketing (SEM). dimana tarikan trafik ke website atau blog datangnya dr Search Engine (Google.com,Yahoo.com & dll) dengan keyword2 yang tertentu.

Jika kita berjaya memanipulasi ilmu SEM ini, saya percaya ia akan memudahkan kita cari duit di internet malah boleh menarik trafik sehingga beribu2 org melawat website/blog kita. Saya juga dalam proses pembelajaran untuk cari duit internet dengan teknik SEM ini, jadi saya akan kongsikan pengalaman dan teknik2 cari duit dan teknik SEM untuk trafik. Harap anda akan terus mengikuti blog ini di samping memberikan komen2 dan tips2 berkenaan cari duit supaya pengetahuan tentang teknik cari duit internet akan lebih meluas, insyaallah!

Sekian.

Asas 3 : Memohon program Google Adsense

August 3, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

Di sini, saya akan menunjukkan bagaimana langkah untuk anda memohon program Adsense.  Anda boleh memohon sekiranya anda telah pun sedia dengan website atau blog yg telah mempunyai niche market yang sesuai.

1. Klik url ini utk mula, https://www.google.com/adsense

2. Kemudian klik “Sign up now” seperti gambarajah di bawah.

sign up adsense

sign up adsense

3. Masukkan URL website/blog anda di kotak yang di merahkan di bwh, contoh – http://mywebsite.blogspot.com

website-info

4. Masukkan butiran diri anda secara tepat, Nama penuh, Alamat dan no telefon. Ini untuk memudahkan anda untuk claim wang dr program ini kelak.

akaun-info

5. Setelah mengesahkan segala maklumat adalah benar, sila klik “Create Account” .Tick kotak kecik di bhgn Term & Condition dan klik “I Accept

Sila tunggu dlm masa 48 jam utk pihak Google membuat Review blog/website anda. ini untuk memastikan blog/website anda tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

sekiranya akaun anda telah di luluskan, anda akan menerima email seperti di bwh,

adsense-aprove

Post yang seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimana untuk Login dan seterusnya mendapatkan “Java Script” yang boleh anda gunakan untuk di letakkan di blog/website anda supaya iklan Google Adsense muncul di page tersebut.

PTC Programs

July 26, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under PTC-Pay To Click

Apakah yang di maksudkan dengan PTC. Secara amnya PTC adalah Pay To Click, di mana anda akan di bayar dengan setiap klik yang anda lakukan. Nilai setiap klik bergantung kepada program yang anda sertai, kebiasaannya setiap klik bernilai 1sen(usd). Jika anda membawa rakan anda sertai program itu, anda turut di bayar sekiranya rakan anda klik iklan yg di berikan.

Apa yang anda perlu tahu disini adalah, di samping program yang ‘genuine’, ada juga program PTC ini adalah scam. Jadi anda perlulah berhati2. Anda boleh merujuk di sini(paid-to-click-scam-list) untuk menyemak program yang anda sertai ada scam atau pun tidak. Walaubagaimana pun anda boleh merujuk di sini (best-paidtoclick-sites) utk mengetahui program PTC yang genuine dan anda boleh sertai dengan hati yang senang.

Dengan program PTC ini, memang tidak menjamin pendapatan yang lumayan namun ianya sesuai utk menambah pendapatan secara sampingan. Setiap program PTC yang di tawarkan, ada yang berbayar untuk anda mendapat mendapat iklan yang byk setiap hari utk di klik.Jika anda rasa berbaloi, anda boleh sertai sebagai ahli berbayar dan program tersebut akan menawarkan lebih dr 30 iklan sehari utk anda klik. Terpulang kepada anda untk membuat pilihan. Saya sendiri pun daftar sebagai ahli biasa sahaja.

Sebagai ahli biasa, kebiasaannya program ini hanya menawarkan 4-6 iklan utk anda klik setiap hari. jika setiap klik yg anda lakukan bernilai 1sen. sehari anda cuma memperolehi 4- 6sen sahaja.. sikit sangat bukan?.Oleh kerana itu, anda di galakkan utk mendaftar sekurang2nya 5 programs PTC dan anda ajak rakan2 anda untuk sertai. Jadi nilai klik anda berganda setiap kali rakan anda mendaftar di bawah anda.

Jika sehari anda boleh menghasilkan USD1 sekali pun, utk sebulan anda telah mendapat USD30 secara percuma. Mudah untuk cari duit online!

Asas 2 : Membina Laman Asas (blogger,wordpress, website)

July 25, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

Blog atau website yg mesra enjin pencari bermaksud blog atau laman web anda memenuhi kriteria yang di kehendaki oleh enjin pencari untuk di senaraikan (index) di injin pencari seterusnya mendapat kedudukan yang baik. (10 kedudukan di atas).

Terdapat beberapa blog percuma yang anda boleh guna utk laman web adsense anda.

www.blogger.com

www.wordpress.com

Di sini saya tidak akan menunjukkan 100% bagaimana untuk mendaftar secara percuma di 2 laman yg di sebut di atas. Saya cuma akan menerangkan bagaimana utk mengoptimasi (On-Site- Optimization) kan laman web tersebut supaya lebih mesra enjin pencari.

Kriteria 1: Tajuk dan URL blog

Tajuk dan URL semestinya berasaskan keyword yg telah anda cari. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menggunakan “home improvement”, maka tajuk dan url blog anda mestilah berasaskan keyword tersebut. Contoh.

home-improvement.blogspot.com

homeimprovement.blogspot.com

home-improvement.wordpress.com

homeimprovement.wordpress.com

Nota: sebaik-baiknya anda menggunakan “hypen” (-) untuk memisahkan keyword anda sekiranya keyword anda mempunyai beberapa patah perkataan.

Menggunakan keyword sebagai nama domain adalah sangat penting kerana sebelum Googlebot membaca kandungan blog anda, ia akan membaca domain atau url anda. Contoh seperti salah satu laman web utk adsense saya www.abouttattoo.info. Apakah kesilapan yang saya lakukan? nama domain saya tidak di pisahkan oleh hypen(-). Nama domain tersebut lebih niche dan mesra enjin pencari jika di namakan begini www.about-tattoo.info.

Kriteria 2 : Pemilihan blog dan template

Jika anda memilih blogger.com, saya mencadangkan anda memilih “minima” sebagai template anda kerana ia mempunyai background yang putih, ringkas dan tidak berselerak. Ia tidak mempunyai bold dan background yang boleh menenggelamkan iklan adsense di laman web tersebut seterusnya menghilangkan perhatian pengunjung daripada iklan adsense anda.

Kriteria 3 : Optimasi laman web/blog

Teknik ini membantu anda untuk melakukan setting pada blog anda untuk memenuhi kriteria enjin pencari.

a. Title – di ruangan title, masukkan keyword anda sebagai tajuk anda.

b. Description – Masukkan perkataan keyword utk ayat penerangan anda sekurang2nya 2 kali.

c. Meta tag – meta tag akan membantu Enjin pencari memahami blog anda dengan lebih mudah dengan melihat kepada keyword yang perlu di index dan juga description blog anda. Ianya seperti ringkasan blog/laman web anda.

Seperti di bawah, ada 2 <meta> tags yang penting untuk di masukkan ke dalam blog anda.

<meta name=”keywords” content=”Senarai Keywords” />
<meta name=”description” content=”Description Blog” />

meta tag dengan name=”description” digunakan utk memberi penerangan ringkas berkenaan blog anda. Enjin pencari kadangkala menunjukkan meta tag ini apabila blog/laman web anda di indeks di SERP pencari enjin.

Apabila anda mengisi maklumat Meta tags description, pastikan anda menceritakan sesuatu yang akan menarik  perhatian pengunjung dan pastikan ia mengandungi keyword anda sekurang2nya 2 kali. Jangan mengisi lebih dari 150 characters.

Meta tag dengan name=”Keywords” memberitahu enjin pencari, keyword mana yang anda inginkan supaya enjin pencari mengindex kan Blog anda.

tips: Sekiranya anda tidak mengetahui bagaimana untuk menulis blog description anda, lakukan sedikit intipan pada laman web pesaing anda untuk melihat meta tag keyword dan description yang mereka gunakan. Pergi ke Google
dan taipkan keyword anda, buka laman web yang berada di posisi teratas dan “view source” laman web mereka. Dan Anda boleh dapatkan idea menulis meta tag anda dengan melihat meta tag dari website tersebut.

Asas 1: Penyediaan Niche Market (Keyword)

July 25, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

Mendapatkan keyword yg berkesan dan niche adalah sesuatu yg tidak patut di abaikan sekiranya anda ingin berjaya untuk menjana setiap sen dr adsense. Yang paling utama adalah mendapatkan Nichi Market (keyword) yang kurang persaingan tetapi anda harus memastikan ianya mempunyai permintaan yang cukup utk menarik trafik ke blog/laman web anda dan seterusnya menjana pendapatan dari Google adsense.

Mendapatkan keyword yang baik memang mengambil masa sedikit, mencari keyword memerlukan beberapa kretiviti. Di sini saya akan berkongsi pendekatan dan strategi yg saya ambil utk mendapatkan keyword. Dengan menggunakan rujukan dr beberapa laman web yang terbesar di internet.

1. Shopping.com

Website ini adalah salah satu dr online shopping network yang terbesar di internet. apa yang boleh anda dapati disini adalah puluhan ribu senarai keyword yang di gunakan oleh pengguna untuk mencari dan membeli produk secara online. Ianya di update setiap 2 minggu. anda boleh melayari:-

http://www.shopping.com/top_searches

Dr senarai yg di beri, anda boleh memilih mana2 keyword yg anda rasa sesuai untuk anda ambil dan boleh menjana pendapatan dr adsense.

Dengan menggunakan tool keyword tracker http://freekeywords.wordtracker.com/ anda boleh semak dlm sehari berapa Hit untuk keyword yang telah anda pilih itu. Dan jangan lupa untuk search di google.com untuk mengetahui berapa pages yg akan tersenarai jika anda searching menggunakan keyword tersebut.

2. Google Hot Trends

Anda juga boleh mendapatkan trends dari google apakah topik paling popular ketika ini.

http://www.google.com/trends/hottrends

3. Spy keyword dari pesaing anda

Anda boleh mendapatkan senarai keyword dari pesaing anda dengan menggunakan tool di website ini

http://www.SEMRush.com

Gunakan SEMRush.com untuk melakukan intipan dah seterusnya mendapatkan keyword yang bekualiti.

4. Google suggestion lab

Google suggestion lab membantu memberikan “predictions” ke atas perkataan yang anda taip dalam ruangan search enjin pencari.

Sumber rujukan lain yang boleh anda perolehi

http://buzz.yahoo.com
http://50.lycos.com/
http://pulse.ebay.com/
http://pages.ebay.com/sellercentral/hotitems.pdf
http://www.searcheverywhere.co.uk/
http://www.Amazon.com

Setelah mendapat keyword yang sesuai dan niche, anda boleh mula membina laman blog anda dan melakukan optimasion terhadap blog tersebut.

Asas Google Adsense

July 25, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under Adsense

Ada beberapa perkara asas utk menjana wang dr Google adsense.

1. Penyediaan Niche market (keyword)

2. Membina laman asas (blogger,wordpress,website)

3. Memohon program Google Adsense

4. Meletakkan code google adsense di laman web anda.

5. Promosi laman web anda. (ini memerlukan asas-asas SEO)

Anda boleh mengikut langkah-langkah dan teknik yg akan saya kongsikan di blog ini.

« Previous Page