TheStore.my kedai online percuma utk anda!!
July 19, 2010 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Salam para pembaca. Seandainya anda memang pengunjung blog ini.. atau anda datang ke blog ini melalui google search. Terima kasih di ucapkan. Sekrang sy sedaya upaya cuma mengupdate blog seminggu sekali wpun mcm susah sbb sy ni tak pandai sgt nak berbicara.. huhuhuhu..
Kali ni, saya nak memperkenalkan Store Online percuma. ianya di berikan tampa kos utk anda menggunakan sebagai medium perniagaan anda. Boleh jenguk sini http://www.thestore.my. Sekiranya anda baru berniat utk berniaga secara online, sy boleh katakan anda langkah kanan hari ini kerana apa? anda tidak perlu lagi mengerutkan dahi anda utk memikirkan design, duit utk hosting, domain.. atau pun terfikir nak upah seseorang utk membuka website online store. Dengan TheStore.my segalanya tersedia untuk anda.
TheStore.my ada mempunyai beberapa template untuk anda pilih, dah terdapat lbh 200 jenis background yang boleh anda sesuaikan dengan tema perniagaan anda. Anda cuma perlu sediakan produk utk di pasarkan secara internet saja.. baju, pakaian bundle, kasut, tudung, kain.. brooch dan sebagainya.
Anda boleh lihat demo di sini –> DEMO THESTORE.MY . Anda boleh lihat kedai online yang di pilih dan boleh lihat bahagian admin utk kedai. Namun apa pun, anda boleh try sendiri thestore.my kerana ianya percuma. kurang 5 minit kedai online anda telah tersedia. Sekiranya anda tidak minat nak guna. tinggalkan saja.
Sekrang saya masukkan sedikit contoh yg sy createkan untuk anda lihat. Ada beberapa design yang mungkin menarik minat anda.




Sebenarnya ada byk lagi yang saya boleh buat.. tp cukup la 8 jer dulu. Anda tak perlu susah payah fikirkan design. semuanya siap tersedia.
Saya harap dengan apa yang saya buat ini mendapat manfaat kita bersama. kepada yang telah biasa berniaga secara online ini, maybe TheStore.my ini tiada apa nilai sangat, namun sy berharap anda boleh rekomenkan kepada rakan2 anda utk menggunakan website ini. Dan kepada mereka yang baru hendak berjinak dan berminat utk memulakan perniagaan online ini, harapan saya TheStore.my ini mempermudahkan langkah anda utk berniaga.
Sekiranya terdapat apa2 masalah berkaitan TheStore.my silalah ajukan masalah tersebut terus kepada sy utk sy menambahbaikan lagi TheStore.my ini. Sekiranya TheStore.my ini anda rasa bagus atau setidak2nya memudahkan kerja anda, dapatlah anda mengajak rakan2 anda untuk menggunakannya.
Sekian utk hari ini.
“Passion” Dengan Apa Yang Dilakukan
April 13, 2010 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Salam kepada pembaca,
Tak sure la ada pembaca ke tak.. hehehe.. tp takper.. saya just nak ckp atau keluarkan apa yg sy rs nak ckp kat sini berkenaan dengan passion terhadap sesuatu perkara, saya suka sebutkan di sini keikhlasan. Di sini memang jelas sekali perkara-perkara yang kita lakukan dengan penuh minat atau “passion” atau dengan keikhlasan ini sudah pastinya akan berjaya kelak. Mungkin setahun 2 tahun dari sekrng, mungkin 10 atau 15 tahun dari sekarang. Namun bebekalkan minat yang mendalam, passion tehadap apa yang kita lakukan, perkara itu semula jadi akan tercapai tidak kira berapa lama masa yang di ambil.
Ada sesetengah perkara itu secara tak langsung ada yang boleh terjana duit secara tak sengaja. Sebagai contoh ada sesetengah blogger, mereka ini sememangnya kuat dlm jiwa mereka utk berblog, cerita pengalaman, namun di sebabkan minat yang mendalam dan telah menulis berkoyan-koyan cerita lama kelamaan cara penyampai akan semakin baik, seterusnya menarik minat orang untuk membaca. Pada mulanya mereka ini tiada menyimpan niat utk menarik orang mmbaca hanyalah untuk meluahkan isi hati mereka dengan menulis, secara tak langsung akan menarik minat para pembaca diluar sana. Dengan hanya bersuka2 meluahkan di blog, telah pun mendapat visitor yang ramai dan boleh berblog bertahun-tahun.
Seperti artis, ada sesetengahnya berjaya bukan kerana mereka membuat sesuatu itu berlandaskan duit, tetapi berlandaskan minat yang mendalam akhirnya pendapatan tersebut datang dengan sendirinya dan mereka ini boleh bertahan lama. Sebab itu kalau kita lihat kumpulan-kumpulan atau penyanyi yang otai boleh bertahan sampai sekarang hanya kerana jiwa mereka memang sebati dengan apa yang mereka buat.
Adakah dengan passion, minat atau keihlasan ini yang boleh kita berjaya dan buat duit? perkara ini sememangnya agak subjektif utk kita perkata kan. Dari segi penelitian saya, pengalaman saya, maaf, saya bukanlah penulis yang baik atau dengan kata lain blogger tegar. Namun saya cuba sampaikan dengan cara saya. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah sekiranya kita lakukan sesuatu kerja dengan penuh minat dan penuh keihlasan, insyaallah apa yang kita lakukan sudah pastinya akan berpanjangan dan boleh “sustain”.
Mari kita tafsirkan apa yang ingin saya sampaikan kat sini. Cuba lihat sekeliling kita, kawan-kawan kita yang berjaya, ibu bapa kita. Seperti saya, saya boleh nampak abah saya sememangnya minat yang mendalam dalam membaiki kenderaan, membaiki barangan elektrik, sejak dari saya kecil saya lihat beliau membaiki kenderaan kawan beliau dengan penuh sabar dan tekun, hasil kerja beliau di sukai oleh kawan-kawan seterusnya mendapat pelanggan yang di rekomenkan oleh kawan-kawan kerana hasil kerja yang bagus. Itu hanyalah kerja sampingan yang dilakukan kerana minat beliau yang mendalam . Dari satu kenderaan ke satu kenderaan lain motor, kereta, mesin potong rumput, gergaji mesin. Dari minat dan keikhlasan melakukan perkara tersebut, selama lbh 20 tahun beliau boleh bertahan. Tidak putus orang kampung datang untuk membaiki itu dan ini. Lain pula dengan ibu saya, beliau memang begitu passion dengan gubahan, masakan dan jahitan, bila kita terlalu minat dan taksub dengan sesuatu kerja sudah tentu timbul keikhlasan di hati seterusnya kerja-kerja yang di jalankan penuh dengan penelitian dan kepuasan. Sekiranya ada kenduri kahwin, atau apa2 yang inginkan gubahan, sudah tentu kawan-kawan beliau mencari beliau utk gubahan2. Apa yang di lakukan bertahan bertahun-tahun. Sekiranya kita lakukan dengan penuh minat dan penuh keikhlasan, segala upah automatik akan menyusul kemudian dan perkara yang dilakukan bertahan lama. Tiada perkataan gagal dalam setiap perkara yang kita minati kerana kita akan sentiasa lakukannya tanpa batasan.
Mari saya rungkaikan mengapa saya bercerita tentang “Passion” ini? kerana saya rasa agak terpesong dengan apa yang saya lakukan sekrang. Mengapa orang lain boleh berjaya berblog saya tidak, mengapa orang lain boleh berjaya menjual sesuatu dan saya tidak, mengapa orang lain boleh buat duit dan saya tidak. Kenapa saya tidak berjaya, kerana apa yang saya nak buat, saya tidak lakukan dengan sepenuh hati, kurang keikhlasan. Lebih kepada ikutan orang sahaja.
Sememangnya di dalam minda saya hanya inginkan kebebasan kewangan, bermacam-macam cara saya lakukan hanya dengan mengikut orang, saya rasa mungkin ramai di antara anda juga seperti saya. Tgk orang lain boleh buat duit dengan berblog, kita pun cuba berblog, tapi sbb tiada keikhlasan kerja separuh jalan saja, lihat orang yang minat buat blog, mereka boleh menulis hampir setiap hari, bukan kerana duit tapi kerana minat, dorang tak hiraukan pun hal2 duit atau visitor, apa dalam kepala mereka adalah minat nak tulis, sehari tak menaip di blog rs gelisah.
Budaya ikut-ikut orang ini sebenarnya tidak bagus, namun ada juga yang berjaya, dengan permulaan mengikut orang, dan di lakukan dengan penuh keikhlasan, insyaallah boleh berjaya dan berpanjangan. Dengan post kali ni, saya berharap minda saya akan di set dengan betul apa yang di perlukan bila melakukan sesuatu kerja. Kerana dengan kesedaran ini lah terbitnya apa yang ingin saya kongsikan disini. Harap para pembaca menilai dengan baik. Sekiranya ada di kalangan pembaca yang terasa hati, saya minta maaf kerana penulisan saya hanyalah berkisarkan pengalaman saya yang agak terpesong dengan apa yang sy inginkan. Namun sekarang saya telah sedar dengan kesilapan ini. Sekiranya anda seperti saya, marilah kita tanamkan minat dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.
Salam Kejayaan!!
Ads4bucks – Boleh jana RM20,895
March 21, 2010 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Salam para pembaca,
Saya pun terfikir, sejak akhir-akhir ini, selalu post sy berkenaan dengan MLM, ni satu lagi post yang berkaitan dengan MLM. Memang ada sesetengah orang agak skeptikal dengan MLM. Kepada yang skeptikal tu sy nasihati anda, supaya buka minda sikit, cari buku tentang MLM, fahami bebetul apakah MLM yang sebenar.
Bila orang sebut MLM, sudah tentu di dalam kotak pemikiran kena cari orang. Ayat2 yang biasa guna “aku kena cari orang ker nih.. ahhh!! malas la nak cari orang”. Haloooo! bisnes apa yang tak perlukan orang utk kita berbisnes? kalau kita terfikir utk berubah, nak buat bisnes sendiri, nak wat duit xtra, liku2 berbisnes sudah tentu kena tempuh. Sama juga kita berniaga, bukak kedai beger sekali pun, sudah tentu kita perlukan pelanggan. selain pelanggan mencari kita, utk permulaan sudah tentu markerting strategi memainkan peranan. Kerana apa? sbb kita nak beritahu semua orang yang kita ada bukak kedai beger di sekian2 tempat. Bila orang dah tahu, kita tak perlu cari orang lagi.. Orang datang cari kita.
Perkara tersebut sama la dengan MLM, kita perkenalkan produk MLM kepada kawan2 dan rakan atau tidak kira siapa pun. Tp kecantikan bisnes MLM, sekiranya rangkaian kita sudah besar, kita tidak perlu lagi utk mencari pelanggan. Apa yang kita kerah masa tenagan dan usaha cuma utk sekurang2nya setahun pertama sahaja, selepas itu, cuma bantu rangkaian kita utk lebih berkembang.
Berbalik kepada apa yang saya nak ceritakan di sini satu peluang perniagaan berbentuk MLM juga. Modal hanyalah RM210 sahaja, potensi pendapatan boleh mencapai lebih RM20k. Bisnes apa tu yang modalnya murah sgt? tu la dia Ads4Bucks. Saya amat tertarik dengan sistem pengiklanan yang di berikan kepada ahli, dan juga sistem sms blasting. Kepada sesiapa yang berniaga yang memerlukan tools yang baik utk markerting, ads4bucks adalah jawapannya. Cuma dengan RM210 saja, anda perkenalkan 3 orang, anda boleh guna tools tu percuma sampai bila2.
Saya amat percaya dan yakin, potensi pendapatan tersebut memang boleh di capai walau hanya dengan modal serendah RM210. Saya amat yakin dengan sistem leverage dlm MLM ini, sekiranya rangkaian anda membesar dan bercambah, kerja anda akan semakin kurang dan pendapatan masuk bertambah dengan usaha hanya membantu rangkaian sahaja.
Seperti mana saya dengan bisnes Score A Programme, peringkat permulaan sememangnya memerlukan masa, tenaga dan usaha. Mana2 bisnes pun sama kan, tp alhamdulillah, dengan masa, tenaga dan usaha pada peringkat awal yang konsisten, rangkaian saya mula berkembang, sekrang hanyalah bantu rangkaian sahaja. Sedar tak sedar, pendapatan pasif mula masuk ke akaun. Baru la saya sedar mengapa ada orang yang boleh berjaya dengan MLM sahaja. Walaupun tidak byk, namun sedikit demi sedikit kita boleh nampak hasil dengan masa, tenaga dan usaha yang tinggi di peringkat awal.
Dengan sedikit keazaman, saya cuba mencari bisnes MLM yang boleh di buat secara autopilot. Pada masa itu la sy terjumpa dengan peluang, abah saya selalu menyebut “peluang datang secara tiba2, kadang2 datang ikut pintu belakang”. Sy memang berpegang kepada statement tersebut. Pd satu hari, sy mendapat satu flyers yang di letakkan dalam motor. Saya belek, “eh, ads4bucks! mcm pernah tgk”, perasaan saya sungguh kuat utk mengetahui lebih lanjut. Setelah sy search di internet, perniagaan ini dah agak lama pun, dari 2008 lagi. Saya mengkaji dan melihat pengguna yang search “ads4bucks” dlm masa sebulan, lbh 5K orang search setiap bulan. Sy lihat modal, RM210, tak la mahal sgt. Niat memang dah ada utk mencari bisnes internet yang boleh di otopilotkan, terjumpa peluang ini. Dengan RM210, tak rugi pun saya mencuba.
Saya search di internet, dengan keyword ads4bucks, memang byk blog dan laman web berkenaan dengan ads4bucks ini. Dari pengamatan saya, dlm bisnes ini, memang byk group yang wujud. Oleh kerana saya dah ada niat dari awal utk membina bisnes yang boleh di jalankan secara autopilot, saya mencari orang yang boleh memberikan saya website replika percuma. Bukan apa, kerana mudah utk kita memulakan marketing.
Setelah berhubung dengan lbh 3 orang yang berbeza berkenaan bisnes ini, hanya ada seorang sahaja yang reply, ini lah orang yang saya cari. Betullah kata orang, dlm berbisnes secara internet, respon yang diberikan perlulah cepat dan tepat. Setiap prospek baru memerlukan jawapan dan respon yang cepat. Jadi nasihat saya sekiranya anda berbisnes secara internet, jgn lupa utk cek anda punya mailbox, sehari 2 atau 3 kali dah cukup sekiranya anda terlalu bizi. Sekurang2nya anda boleh memberikan respon kurang 24jam kepada pelanggan atau bakal pelanggan.
Berbalik kepada cerita tadi, saya memang mencari upline yang boleh memberikan saya website. Sy mahukan template website dan saya ingin mendaftar domain sendiri kerana saya ingin mewujudkan jaringan saya sendiri. Setelah perbincangan di buat, upline tersebut memang menawarkan website replika kepada saya dengan tambahan subdomain, contoh, website asal beliau katakan www.ads4buckcontoh.com sekiranya saya masuk, sy boleh dapat www.eddy.ads4buckscontoh.com. ada eddy didepan, itu yang kita panggil subdomain. Sy tidak berminat utk sub domain, sy mahukan domain saya sendiri dengan isi kandungan yang sama. Beliau setuju memberikan saya source code template website, dan saya terus mendaftar ads4buck tanpa ragu-ragu lagi.
Dengan sourcecode yang ada, saya mula menokok tambah, tiada byk berbezaan pun dengan website leader saya. Anda boleh lawati www.jutawanads4bucks.biz, dengan content yang sama, saya masukkan sistem autodownline kedalam website tersebut. Sekiranya ada prospek yang ingin mendaftar melalui jaringan saya, mereka akan mendapat replika wbsite sama seperti website sy yang mana segala detail di dalam website tersebut adalah nama mereka. dan juga banner yang boleh di gunakan utk tujuan promosi . Jadi, mudah utk memulakan perniagaan.
Di dalam kepala sy hanyalah mendapat rangkaian yang besar, oleh kerana saya telahpun nampak kecantikan bisnes MLM ini, masa, tenaga dan usaha yang tinggi, byk dan jitu di perlukan di permulaan dan permukaan sahaja, kuasa leverage yang akan membuatkan penjanaan pendapatan yang pasif mungkin selepas 6bulan atau setahun. Tidak kisah bila asalkan pada masa akan datang telah ada pendapatan pasif sy masuk ke akaun. Jika saya tidak mengambil peluang hari ini, 6 bulan atau setahun dari sekrg memang takde apa yang saya dapat. Jadi, saya mulakan dengan website dan sistem autodownline, dan seterusnya SEOkan wbsite tersebut, saya jangkakan selepas sebulan 2 bulan bekerja keras(penghasilan website dan SEO ) ada sekurang-kurangnya 50 orang mendaftar sebulan pada bulan ketiga melalui website www.jutawanads4bucks.biz memandangkan bisnes ini telahpun di ketahui ramai dan anggaran lebih 5K pengguna search tentang ads4bucks ini. Kebanyakan orang lebih suka mencari info di internet, kerana sy sendiri pun search di internet utk dapatkan info tentang ads4bucks ini.
Dari segi sistem pemasaran, perkenal kan 3 orang saja, dah boleh balik modal. Anda perlu faham, dalam bisnes MLM ini, kita kena terapkan di dalam minda iaitu BALIK MODAL dulu. Setkan mind utk balik modal, seterusnya bantu rakan2 kita utk BALIK MODAL, dan seterusnya duplikasi berlaku, secara otomatik pendapatan atau bonus akan menyusul kemudian. Anda tidak perlu risau tentang itu. Sekiranya kita terlalu mengejar bonus-bonus tersebut, kita akan merasakan beban semakin membesar di atas bahu kita dan secara tak langsung bonus-bonus tersebut akan lari. Setkan mind BALIK MODAL, setelah kita balik modal bantu rakan kita BALIK MODAL, seterusnya beri semangat kepada rakan kita utk membantu rakan mereka BALIK MODAL. Bonus2 yang di berikan akan datang sendiri ke akaun kita. Percaya lah cakap saya!!
Itu yang saya cuba terapkan kepada bakal ahli jutawanads4bucks.biz BALIK MODAL. Dengan website replika yang bakal mereka dapat utk tujuan promosi, berapa ramai kawan2 mereka diluar sana, cuma perlukan 3 orang saja utk balik modal. Kerja menjadi mudah dengan website replika yang di berikan. Dan di samping itu, laman web jutawanads4bucks ini telah di pasang sistem autodownline, sekiranya ada visitor/prospek yang melayari laman web tersebut, secara randomizer sistem akan memilih salah sorang ahli dlm rangkaian, maka secara tidak langsung setiap ahli di dalam rangkaian ads4buck akan berpeluang mendapat bakal prospek secara autopilot.
Sekiranya anda ingin mengetahui POTENSI pendapatan di ads3bucks ini, didalam pengiraan yang saya buat, setiap orang yang melakukan dengan betul dan sistematik, POTENSI pendapatan adalah RM20,895 dlm masa 2 bulan. Dalam bisnes, matlamat adalah penting utk mengukur tahap kejayaan kita. Namun sekiranya selepas 6 bulan atau setahun baru anda mencapai RM20,895, sudah cukup terbaik buat kita. Tidak kira berapa yang anda dapat,berapa lama yang diperlukan utk mencapai pendapatan tersebut semuanya selari dengan usaha yang kita letakkan dalam sesuatu perniagaan tersebut disamping rezeki dari Allah. Berusaha setinggi gunung untk mendapat hasil setinggi bukit, insyaallah boleh dapat, tetapi sekiranya berusaha setakat setinggi bukit dan mengharapkan hasil setinggi gunung, sukar untuk kita tafsirkan. Fikir-fikirkan lah! Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa melakukan apa2.
Sekiranya anda berminat utk mengetahui dengan lanjut atau berminat utk join, anda boleh melayari www.jutawanads4bucks.biz. Anda boleh mendaftar di laman web tersebut. Sekiranya anda berada di peringkat awal, di dalam jaringan jutawanads4bucks.biz sistem randomizer akan memudahkan anda untuk mendapat bakal prospek kerana ahli masih kurang . Sekiranya ahli semakin besar, cabang semakin bertambah, kebarangkalian untuk mendapat bakal prospek akan menyusut dan mengambil masa.
peringkat pertama, 3 orang ahli, peringkat ke-2 dah jadi 9 ahli, peringkat ke-3 dah 27 ahli, peringkat ke -4 81 ahli. Semakin membesar peringkat atau level, semakin mengecil kebarangkalian untuk mendapat ahli dan mengambil masa sedikit. Tidak di nafikan anda masih akan dapat ahli baru secara random namun perkadaran cepat atau lambat akan menentukannya.
Jika anda berminat klik banner di bawah!!
Persediaan Persaraan Masih Rendah
February 4, 2010 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online, Umum
TAHAP kesedaran merancang menabung untuk kehidupan selepas persaraan di Malaysia yang umur persaraan di kalangan rakyatnya ialah antara 50 hingga 55 tahun masih rendah berbanding negara lain. Ada kalangan rakyat Malaysia bersedia terus bekerja walaupun selepas umur persaraan wajib dengan menyambung kontrak. Berdasarkan pemerhatian, mereka masih mahu menyumbang tenaga berkerja sehingga usia 61 tahun, samaada kerana sememangnya suka bekerja atau memerlukan pendapatan untuk sara hidup.
Biasanya semua orang akan mula memikirkan apa yang hendak di lakukan apabila bersara ketika berusia 50 tahun,tinggal lima tahun sebelum bersara dan sudah terlambat untuk merancang. Bagi yang memiliki harta seperti rumah sewa,tanah, kebun dan perniagaan mungkin tiada masalah. Apabila bersara, pastinya seseorang itu yang sebelum ini sibuk dan aktif dengan tugas sehariannya, bila berubah corak kehidupannya dengan memasuki dunia baru. Tiada lagi gaji bulanan di terima dan rutin seharian yang membelenggu hidup mereka, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan dengan aktiviti berbentuk peribadi.
Justeru, dalan melayari sisa hidup itu, kita perlukan simpanan untuk melakukan pelbagai kegiatan termasuk perbelanjaan keperluan asas khususnya makanan dan pakaian, selain membayar bil. Dalam keadaan itu, perancangan awal dengan melakukan tabungan supaya dapat menempuh alam persaraan dengan tenang dan berkeyakinan. Senario di negara ini, bagi kakitangan kerajaan mempunyai skim pencen, manakala pekerja swasta mencarum wajib di dalam Kumpulan Simpanan Wangn Pekerja (KWSP) sebagai bekalan simpanan hari tua selain pembelian saham dan bon. Alternatif boleh dilakukan dengan menambah simpanan hari tua menerusi skim insurans persaraan. Namun, di negara ini kesedaran menabung bagi skin persaraan itu masih rendah.
Syarikat insurans pernah membuat kajian di banyak negara di seluruh dunia baru-baru ini, mensasarkan kumpulan pekerja berumur 25 tahun ke atas serta kumpulan pesara berusia 75 tahun ke bawah, bertujuan melihat persepsi masyarakat mengenai persaraan, perbandingan antara tanggapan dan kenyataan(pekerja dan pesara) dan menganalisis tinjauan masyarakat dari sudut pandangan antarabangsa.Berdasarkan kajian yang membabitkan malaysia itu mendapati kebanyakan pekerja mula bersiap untuk menabung bagi menghadapi dunia persaraan mereka pada purata usia 41 tahun, berbanding mereka yang bermula pada usia 47 tahun dan kebanyakan mereka adalah di kalangan berpendapatan tinggi.
Situasi itu berbeza dengan pekerja di Britain yang sudah mula membuat persiapan persaraan seawal umur 28 tahun, Amerika Syarikat 30 tahun, Singapura 34 tahun, dan Thailan 43 tahun. Kajian menunjukkan pesara masih tidak bersedia dengan rintangan yang bakal dilalui sepanjang tempoh persaraan. Pada peringkat permulaan, mereka yakin simpanan mencukupi tetapi selepas berdepan dengan masalah dan perkara tidak dijangka, baru menyedari bahawa tindakan itu salah.
Berdasarkan kajian itu, kira2 48% sahaja pekerja di Malaysia membuat persediaan menabung untuk persaraan berbanding di Amerika (79%)l britain (71%); Singapura (54%) dan Thailand (38%).
Pada dasarnya, rakyat di negara ini lebih memberi keutamaan membeli polisi insurans nyawa, kira2 73 peratus pekerja di Malaysia membeli insuran nyawa, diikuti caruman wajib KWSP (67 peratus) dan sumbangan melalui majikan (65 peratus).
Kajian di Singapura pula, menunjukkan caruman tabung simpanan pekerja (CPF) 91 peratus, diikuti sumbangan majikan secara sukarela untuk pekerja (90 peratus) dan mempunyai simpanan CPF, akaun SRS, simpanan persaraan, pelan pengeluran tempoh matang (84 peratus).
Di Amerika Syarikat, 91 peratus menyumbang kepada Keselamatan Sosial, sumbangan majikan (69 peratus) dan menabung dalan saham, bon, sijil simpanan (66 peratus).
Jika dilihat dari segi tabungan pula, di Malaysia, jumpah simpanan meningkat kira2 RM478 kepadaRM704 setiap bulan. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat pula pekerja memperuntukkan sejumpah RM2207 setiap bulan untuk skim persaraan. Kajian aspek kesihatan mendapati jurang perbezaan antara orang pekerja dan pesara tidak begitu besar. Penyelidikan menunjukkan tahan kesiahatan optimum ialah pada usia muda.
** Ulasan dari Harian Metro 13 Jan 2010
Projek terbaru digital-pages.net
January 5, 2010 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Salam para pembaca,
Hari ni saya amat berbesar hati nak citer sikit projek terbaru yang dalam proses pembikinan laman web yang berasaskan ruang2 iklan yang boleh di sewa. Minggu lepas saya telah pun membeli nama domain www.perniagaan1malaysia.com khas untuk sesiapa yang ingin mengiklankan perniagaan online mereka. Laman tersebut dalam proses lagi, masih berbentuk Blog Wordpress yang original.
Apa yang saya nak berkongsi disini hanyalah tentang bagaimana kita menjana income secara online. Jika anda bercita-cita untuk menjana duit secara online ini, apa yang perlu ada dlm diri hanyalah kesungguhan. Ramai blogger dan marketer di luar sana yang telah pun berjaya dengan bisnes online. Tidak kira la apa cara sekali pun. Salah satunya adalah dengan menwarkan ruangan iklan utk di sewakan pun boleh buat duit. Tidak semestinya anda mempunyai website khas untuk iklan sahaja, laman web anda sendiri misalnya blog juga boleh anda tawarkan ruangan iklan sewakan ruang iklan kepada sesapa yang nak promosi produk atau laman web mereka.
Jika anda perhatikan, para blogger yang mempunyai visitor yang ramai, biasanya mereka2 ini menawrkan ruangan iklan berbayar yang di ambil kira hari, minggu, bulan dan ada sehingga setahun. Walaupun hanya membabitkan 10 ruangan iklan sahaja, jika kesemua ruangan iklan tersebut di penuhi, anda boleh kira berapa keuntungan bersih yang mereka perolehi. Katakan ruangan iklan tersebut rm20 sebulan, 10 ruangan dah boleh memperolehi rm200.
Apa yang penting untuk sewakan ruangan iklan adalah tarikan visitor ker website anda. Sekiranya visitor anda adalah lebih 1000 sehari, maka mudah untuk anda mendapat pelanggan yang ingin menyewa ruangan iklan. Dalam erti kata lain, bagai mana untuk anda mendapat visitor yang ramai, teknik marketing anda perlulah kukuh. Ada pelbagai medium untuk mempromosikan laman anda untuk menarik ramai visitor.
Berbalik kepada projek terbaru dari digital-pages, saya amat berharap dengan laman yang saya bina www.perniagaan1malaysia.com, dapat menjana RM1000 sebulan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. untuk tempoh 6 bulan ini, penyediaan laman web, menbuat research tentang keyword yang perlu untuk menarik visitor dari Search engine dan sebagainya.
Note: Bulan ini, blog bisnes ini sekali lagi mencapai peningkatan PR kepada PR3. Laman web digital-pages telah di naik taraf sebagai laman web yang lebih profesional kerana digital-pages telah pun di registerkan di SSM sebagai salah sebuah syarikat Enterprise. Dengan pendaftaran ini lebih memantapkan lagi perniagaan internet saya di tahun ini. Insyaallah!!
Penghijrahan dari Mesrahosting ke BlueHost
December 28, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online, Umum
Salam kepada pembaca,
Hari ni settle segala penghijrahan hosting saya. Setelah 2 tahun saya menggunakan perkhidmatan Mesrahosting.net, sekarang saya beralih angin ke bluehost.com. Bagaimana saya boleh memilih bluehost adalah kerana review yang diberikan amatlah menyakinkan. Pada mulanya saya ingin beralih ke hosting yang di hostkan di US dan saya berjumpa dengan Webhostingpad.com kerana tertarik dengan harga yang di berikan amatlah murah. Sebelum memulakan langkah seterusnya, perlulah kita lihat dulu latar belakang, review yang di berikan pengguna serta testimoni oleh pelanggan webhosting. Daripada review yang saya baca, ia agak mengecewakan. Dlm website review tersebut, ada menyatakan hosting yang paling baik dan bagus dari segi perkhidmatan dan juga harga iaitu bluehost.com.
Dengan bluehost.com walaupun mahal sedikit berbanding dengan hosting lama saya iaitu Mesrahosting.net dengan RM100 utk kadar tahunan dengan 10GB space dan 3 domain yang boleh di gunakan manakala dengan blue host, sy di kenakan $3.95/month. Namun dengan bluehost sy mendapat unlimited space dan juga unlimited domain, bukan setakat itu sahaja, malah saya layak utk mendapat nama domain percuma sepanjang hayat selagi saya menggunakan hosting dari blue host. Selain dari itu, bluehost menawarkan Yahoo Search Services bernilai $25, Google Adword bernilai $50 dan ada beberapa lagi promosi. Dengan promosi tersebut pun buatkan sy berpuas ati dan berbaloi mengeluarkan $94.80 untuk tempoh 2 tahun.
Dari segi perhidmatan bluehost.com saya tidak dapat komen apa2 lagi selain berharap ianya adalah tepat seperti yang di katakan oleh penulis review tersebut. Jika ianya benar seperti yang dikatakan, berkemungkinan saya akan meneruskan penggunaan hosting dari bluehost. Terdapat beberapa review yang di dapati, kebanyakan review memberi tanggapan yang sangat positif terhadap bluehost.
MLM dan Peluang Perniagaan
December 10, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Multi Level Marketing atau MLM. Mungkin ada diantara anda yang tidak menyukai MLM. Sebab itu ada yang menamakan MLM sebagai Meeting Larut Malam. Fobia. Barangkali ada pengalaman tertentu menyebabkan anda berasa bosan dengan MLM. Ia juga dikenali sebagai network marketing business.
MLM bukan skim cepat kaya. MLM adalah satu perniagaan bentuk baru. MLM yang disebutkan disini adalah MLM yang sebenar, dan bukannya skim cepat kaya yang berselindung di sebalik nama MLM.
Menjadi usahawan bukan mudah. Banyak rintangan dan dugaan yang perlu anda tempuhi pada 5 tahun pertama. Sistem. Produk. Promosi. Pemasaran. Aliran Tunai. Kos kedai atau pejabat. Sewa. Bil api air. Gaji pekerja. KWSP. Urusan undang-undang. Rakan kongsi. Modal. Pinjaman dan sebagainya.
Tetapi menerusi MLM, dengan yuran kemasukan yang rendah sebagai ahli, anda kini tidak perlu lagi memikirkan itu semua. Anda hanya perlu menumpukan usaha anda untuk menjual produk yang sedia ada dan mencari rakan seperniagaan anda. Syarikat MLM tempat anda bernaung, telah menyediakan keperluan yang lain. Tidak perlu pening kepala.
Bayangkan anda menjual pisang goreng di tepi jalan. Kos & modal penyediaan gerai jalanan sebegitu adalah jauh lebih mahal. MLM hanya memerlukan diri anda untuk maju ke hadapan dengan mematuhi sistem pemasaran yang telah ditetapkan. Kalau anda tidak percaya, sila jual pisang goreng di jalanan sekarang juga. Dan selepas itu anda akan mengerti kenapa MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang menarik.
Syarikat MLM yang baik akan menyediakan kursus dan kelas tertentu untuk memajukan diri anda baik dari sudut motivasi, kepimpinan dan yang paling utama, latihan jualan secara percuma dan sekiranya ada bayaran sekalipun, kos yang terlalu minima. Sekiranya anda melakukan perniagaan konvensional, latihan-latihan sebegitu memerlukan kos yang tinggi.
Tetapi perlu diingat, MLM tidak sesuai dengan semua orang. Kerana MLM adalah salah satu cabang perniagaan sahaja, dan setiap seorang daripada kita ada kecenderungan perniagaan yang tersendiri. Dan tidak salah sekiranya anda mahu mencuba arena MLM sekiranya anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan.
Oleh kerana MLM juga adalah perniagaan, maka jangan sesekali mengimpikan pulangan sekelip mata. Hari ini anda sertai, minggu depan sudah mimpi nak pakai BMW. Itu namanya anda bodoh dan anda tamak. Perniagaan tetap perniagaan, anda perlu berusaha gigih serta bermula dari bawah dan perniagaan bukan skim cepat kaya.
Sekiranya anda berminat untuk berniaga, tetapi tidak mempunyai modal besar, tidak tahu berniaga konvensional dengan modal yang minima, tiada network perniagaan dan sentiasa memerlukan motivasi dan dorongan barangkali MLM adalah tempat yang sesuai untuk anda bermula.
Tetapi pastikan anda menyertai MLM yang sebenar dan bukan skim cepat kaya yang berselindung di sebalik nama MLM.
Note: Saya sedang berkecimpung dalam bisnes MLM Score A Programme, Produk ini mempunyai kekuatan yang amat luar biasa kerana produk ini berasaskan pembelajaran dan pendidikan. Kurang sebulan mengusahakan bisnes ini, pendapatan telah mencepat lebih RM7ribu.
Potensi Pasaran seperti di bawah.
- Leverage – “Work Smart – Explosive Income”
- Permintaan Yang Tinggi
- Kadar Penolakan Yang Rendah
- Anti Kemelesetan Ekonomi (Pendidikan adalah keperluan asas).
- Pasaran Sedia Ada – 5 juta pelajar
- Pasaran sentiasa berkembang – 500,000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun
- Tiada Saingan – 99% syarikat MLM bukan produk pendidikan (spt produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta & rumah).
- Kesetiaan Pengguna
- Pendapatan Royalti – selama 9 tahun
- Webucation – kemuncaknya pada tahun 2010 – 100% Sekolah Bestari
Peluang Perniagaan Dengan Score A Programme
November 11, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Salam para pembaca sekalian,
Di sini saya ingin berkongsi peluang perniagaan yang anda boleh ceburi yang sememangnya tiada persaingan. Anda pernah dengar apakah Score A Programme?
Score A Programme adalah Pembelajara Output Secara Online. Anda boleh dapatkan maklumat tentang Program ini di sini Score A Programme. Saya ingin berkongsi dengan anda peluang perniagaan yang kita boleh sertai bersama program tersebut seterusnya menjana pendapatan yang tidak terhad.
Jika anda bukan orang yang begitu minat dengan sistem Network Marketing, jangan berputus asa di sini, anda masih boleh membongkar rahsia bagaimana Score A boleh menjana income beribu ringgit dengan menyertai sebagai Rakan Bisnes. Jika kita lihat, saban tahun negara kira akan melahirkan lebih 500K pelajar yang mula belajar pada tahun 1. Bermakna pelanggan Score A adalah seramai 500K setiap tahun. Malah, Programme sebegini sememangnya tiada persaingan kerana kebanyakan perniagaan berteraskan Network Marketing ini berasaskan produk-produk kesihatan seperti AMWAY, ELKEN dan byk lagi yang lain-lain.
Programme Score A ini telahpun di “Endose” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sedikit masa lagi JENAMA Score A akan di kenali di serata pelosok negeri-negeri dalam Malaysia kerana sehingga hari ini pada bulan November 2009 ini, percambahan agen-agen Score A programme ini amatlah memberansangkan. Dengan bakal2 pelanggan yang tidak putus saban tahun, dan Pendidikan adalah tunggak utama ibu bapa terhadap anak-anak. Jika anda seorang yang berminat untuk berniaga, inilah yang di katakan Peluang Perniagaan yang di tunggu-tunggu.
Bagaimana untuk mengetahui produk Score A ini amat bernilai dan bagus utk anak-anak mencapai kejayaan di dalam bidang pendidikan, anda boleh melihat sendiri testimonial para pelajar yang telah berjaya mendapat kesemua A utk setiap mata pelajaran dan pelajar yang amat lemah pun boleh meningkatkan prestasi. Sila rujuk sini untuk lihat testimonial.
Untuk keterangan lanjut tentang Rakan Niaga Score A, klik sini.
Anda juga boleh meninggalkan komen sekiranya berminat untuk mendengar taklimat tentang Program ini.
Bidan Terjun Buat Duit Online
October 1, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Pasti anda sering melihat iklan-iklan atau banner2 di internet terutama sewaktu membaca berita online atau sewaktu melayari sesuatu di internet, dari forum ataupun email yang mengajak anda melakukan bisnes internet atau buat duit di internet ini. Mungkin banner2 atau iklan tersebut menggalakkan anda membeli sebuah produk buku, ebooks atau servis yang menjanjikan pulangan yg besar dengan modal yang kecil. Namun dalam hal ini, anda pasti akan tertanya-tanya berapa besarnya modalnya, adakah anda mampu lakukan dan potensi keuntungan yang bakal anda dapat.
Dan bagaimanakah untuk anda tidak “teruja” dan “tertipu” dengan ’sales letter’ dr salesman internet ini? adakalanya saya sendiri pun sukar untuk mengatasi tahap keterujaan setelah membaca salesletter yang ‘power’ yang mampu membuatkan sy sanggup berbelanja utk mendapatkan produk tersebut.
Ada 3 perkara yang perlu anda periksa sebelum menjadikan internet sebagai bidan terjun anda untuk cari duit;-
- Sedari kemampuan modal yang anda miliki.
Perniagaan internet atau cari duit online ini, khususnya berkaitan bekerja dari rumah pasti memerlukan sedikit modal setidaknya, mungkin ketika itu anda kekeringan wang. Bila anda tidak bersedia untuk berkorban mengeluarkan wang sedikit atau anda mempunyai bajet yang sgt ketat. Adalah lebih baik anda tidak teruskan niat anda itu. - Buat sesuatu ikut kemampuan dan gunakan kemahiran yang ada.
Jika anda suka menulis, atau anda berkemahiran untuk mereka cipta logo atau laman web? Anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk memulakan perniagaan internet, jangan terlalu terikut kepada salesletter atau apa2 yang beria menyakinkan anda bahawa anda boleh buat duit di internet. Pastikan apa yang di tawarkan adalah bersesuaian dengan kemahiran anda dan anda yakin mampu lakukannya. Ada sesetengah penulis ebooks ini hanya pandai berbicara, mereka mendapat untung dengan menjual ebooks tersebut tetapi bukan dengan apa yang mereka ceritakan di dalam ebooks tersebut. Cuba email atau hubungi penulis tersebut dan tanya mereka tentang keuntungan yang mereka dapat hasil dari apa yang mereka lakukan seperti yg mereka tulis. Percaya ckp sy kurang dari 10% akan menjawab kerana mereka hanya membuat keuntungan dari penulisan sahaja. - Selidik potensi keuntungan yang di tawarkan.
Sama seperti perniagaan biasa, perniagaan internet juga mempunyai potensi keuntungan yang besar jika kena pada tempatnya. Jadi sebelum memulakan perniagaan internet ini, anda juga perlu membuat kaji selidik tentang jangkaan keuntungan dan berapa modal yang harus anda keluarkan supaya anda tidak mengalami kerugian. Adakalanya bisnes dengan hanya modal kecil juga mampu meraih keuntungan yang besar. Namun ada juga orang menawarkan skim untuk menjadi kaya sekelip mata, jangan sesekali percaya kepada skim seperti ini. Kerana pada pendapat saya, tidak ada jalan singkat untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.
Perniagaan internet dengan Mind Set yang betul
October 1, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Saya jangkakan bahawa anda telah mengetahui apakah perniagaan internet dan ingin bermula dengan perniagaan internet ini. Dengan membaca blog ini, saya akan berkongsi tips2 untuk memulakan perniagaan internet dan peluang2 yang boleh menjana ringgit kedalam akaun bank kita.
Masalahnya adalah, di manakah permulaannya? perkara penting memulakan perniagaan, termasuklah perniagaan internet adalah bermula dari minda kita. Kita perlu set kan minda kita mengenai perniagaan yang kita ingin lakukan. Utk permulaan, kita tidak perlu tahu tentang pemasaran online, cara kerja internet termasuklah programming. Yang perlu hanyalah mindset yang betul tentang apakah perniagaan internet dan apakah yang berada di sebalik konsep perniagaan itu sendiri.
Bagaimana membentuk mindet yang betul? Anda cuma perlu belajar dan meniru bagaimana usahawan-usahawan internet yang telah berjaya berfikir. Mudah bukan?
Berikut antara yang patut berada dalam minda anda jika anda ingin memulakan perniagaan internet ini:-
- Alasan – Tanya kepada diri sendiri, mengapa anda ingin memulakn perniagaan internet ini? alasan yang kukuh akan membantu anda dalam menentukan jalan yang betul untuk mencapai kejayaan anda.
- Fokus - Pelajari selok belok perniagaan internet dan pilih model perniagaan internet yang sesuai dengan anda. Apakah pemasaran affiliate, paid review, content advertising, jual produk online dan sebagainya.
- Tahu tahap kemahiran anda – Ketahui juga apakah aspek kekuatan dan kemahiran yang anda miliki, selain dr kemahiran anda, anda boleh menyalurkan kepada yang lebih berkemahiran untuk menutup kelemahan anda. Misalnya anda memilih perniagaan internet yang merupakan blog monetizing, dan kemahiran anda adalah anda tahu cara untuk menarik trafik yang tinggi, tetapi anda tidak berapa mahir menulis utk kandungan blog anda, anda boleh menyalurkan penulisan kandungan kepada yang berkemahiran dengan mengupah orang lain menulis kandungan blog tersebut.
- Konsisten – Sediakan ‘time frame’ untuk aktiviti perniagaan online anda. Mengapa saya katakan ‘time frame’ adalah kerana anda perlu pecahkan kerja perniagaan internet anda kepada beberapa bahagian dan lakukan secara konsisten setiap bahagian tersebut. Contohnya, katakan anda melakukan blog monetizing, anda boleh pecahkan kepada 3 bahagian, 1.penulisan kandungan, 2. membuat promosi blog,3. mencari artikel dan membaca blog2 lain yang boleh memberi idea. Susun secara teratur dan jangan menyerah sebelum anda mendapatkan hasil. Adakalanya sesetengah orang, menulis di blog adalah hobi namun jika di buat dengan betul, ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan.







