PR Blog Bisnes.digital-pages telah meningkat
December 7, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 01 Tips SEO
Salam kawan2 pembaca sekalian,
Saya sungguh terkejut setelah menyemak Page Rank untuk blog ini. Ternyata dengan hanya kurang setahun jagung blog ini di bangunkan, Page Rank telah pun berada di PR2. Agak mengejutkan saya.
Blog ini telah di bangunkan pada Julai tahun ini, iaitu tahun 2009 untuk sy mencurahkan info dan berkongsi pendapat dengan pembaca tentang teknik SEO dan juga perniagaan Online dan juga cara2 buat duit online.
Dengan peningkatan PR untuk blog ini, saya harap ianya akan menyemarakkan lagi niat saya untuk berbisnes online secara sekata dan lebih terurus. Walaupun agak sibuk dengan urusan kerja2 di kilang Western Digital, namun sy tetap ingin memulakan perniagaan berasaskan internet.
Dengan hanya bermula dengan berblog, berkongsi pendapat dengan rakan2 lain, secara tak langsung perkara2 tersebut mencetuskan beberapa idea untuk berniaga secara online, dapat mencetuskan minda saya bagaimana dengan internet kita boleh menjana wang. Tidak heranlah ramai blogger2 yang hebat lagi otai di luar sana berjaya mendapat pendapatan ribuan, malah puluhan ribu ringgit dengan hanya berblog dan beberapa perniagaan secara online ini.
Jika ada telah menyimpan niat untuk buat duit internet ini, saya menasihatkan anda, teruskan usaha dan mulakan dengan berblog atau berkongsi pendapat dengan meninggalkan komen pada blog2 yang berinfomasi terutamanya tentang perniagaan internet. Jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.
Salam kejayaan dari saya!







salam sejahtera, setelah saya melawat laman web tuan, banyak ilmu dan info yang saya perolehi.
terimakasih dan teruskan usaha tuan untuk membantu
rakan-rakan bisnis online yang masih memerlukan bantuan seperti saya ni.
Salam Zakaria,
Terima kasih atas komen anda. Saya terima sebagai satu penghargaan untk saya terus berkongsi pendapat dengan rakan2 semua. Saya juga masih baru di bidang ini, byk lagi yang perlu saya pelajari. Salam Hebat dari saya.
Tahniah dan syabas di atas sharing Tuan di dalam blog ini. Quite informative dan tulisan yang begitu simple dan tidak mendesak seperti sesetengah orang yang involve di dalam MLM, tulisannya, percakapannya, tingkah-lakunya…kita tahu yang mereka ini datangnya daripada MLM.
Produk yang Tuan pilih pada hemat saya sesuatu yang amat diperlukan oleh masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu. Sudah tiba bangsa Melayu kita mesti sanggup bergolok bergadai demi pelajaran anak-anak agar anak-anak akan mendapat kehidupan yang lebih baik sekiranya berilmu.
Tahniah dan syabas sekali lagi daripada saya.
peoplelinkrsg@yahoo.com
Usahawan & Perunding
- Program Warisan Pendapatan Islam
- Klinik Insurans & Takaful
KUALA LUMPUR
Tahniah atas pencapaian ini..bukan senang tu nak naik PR..kalau boleh kongsi la lebih2 lagi cerita macam mana nak naikkan PR lg ni..hehe
Terima kasih, sebenarnya semakin byk backlink yang kita buat, “link juice” yang terhasil secara tak langsung akan meningkatkan PR. Dulu saya fikir dengan hanya visitor yang ramai yang membuatkan PR meningkat, namun sangkaan saya meleset, walaupun hanya 50-100 visitor sehari pun PR saya dapat peningkatan sehingga PR3. Apa yang saya lakukan hanyalah dengan penambahan banklik dari website yang PR tinggi (PR5-PR9).
Ada orang kata, backlink yang berkualiti mampu memberi PR yang tinggi..boleh komen sikit?>
Salam, kadang kala apa yang di perkatakan orang adalah berdasarkan pengalaman mereka. Mengikut pengalaman saya, mempunyai backlink yang berkualiti mampu memberikan kedudukan yang tinggi di dalam ranking google search. seperti blog2 saya, blog ini pernah mencapai PR3 kurang dr setahun kemudian turun ke PR1 dan naik semula ke PR2. Blog ini mempunyai backlink yang agak berkualiti namun di tambah dengan Link ini ke directory website menggunakan directory submitter, berbanding dengan blog http://www.scorea.digital-pages.net sama banklink yang terdapat di blog ini namun PR masih PR1. Apa yang membezakan hanyalah saya menggunakan ruangan directory utk blog ini. Berkemungkinan submit di directory yang berkualiti juga dapat membantu meningkatkan PR.
sekian.