Bidan Terjun Buat Duit Online
October 1, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Pasti anda sering melihat iklan-iklan atau banner2 di internet terutama sewaktu membaca berita online atau sewaktu melayari sesuatu di internet, dari forum ataupun email yang mengajak anda melakukan bisnes internet atau buat duit di internet ini. Mungkin banner2 atau iklan tersebut menggalakkan anda membeli sebuah produk buku, ebooks atau servis yang menjanjikan pulangan yg besar dengan modal yang kecil. Namun dalam hal ini, anda pasti akan tertanya-tanya berapa besarnya modalnya, adakah anda mampu lakukan dan potensi keuntungan yang bakal anda dapat.
Dan bagaimanakah untuk anda tidak “teruja” dan “tertipu” dengan ’sales letter’ dr salesman internet ini? adakalanya saya sendiri pun sukar untuk mengatasi tahap keterujaan setelah membaca salesletter yang ‘power’ yang mampu membuatkan sy sanggup berbelanja utk mendapatkan produk tersebut.
Ada 3 perkara yang perlu anda periksa sebelum menjadikan internet sebagai bidan terjun anda untuk cari duit;-
- Sedari kemampuan modal yang anda miliki.
Perniagaan internet atau cari duit online ini, khususnya berkaitan bekerja dari rumah pasti memerlukan sedikit modal setidaknya, mungkin ketika itu anda kekeringan wang. Bila anda tidak bersedia untuk berkorban mengeluarkan wang sedikit atau anda mempunyai bajet yang sgt ketat. Adalah lebih baik anda tidak teruskan niat anda itu. - Buat sesuatu ikut kemampuan dan gunakan kemahiran yang ada.
Jika anda suka menulis, atau anda berkemahiran untuk mereka cipta logo atau laman web? Anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk memulakan perniagaan internet, jangan terlalu terikut kepada salesletter atau apa2 yang beria menyakinkan anda bahawa anda boleh buat duit di internet. Pastikan apa yang di tawarkan adalah bersesuaian dengan kemahiran anda dan anda yakin mampu lakukannya. Ada sesetengah penulis ebooks ini hanya pandai berbicara, mereka mendapat untung dengan menjual ebooks tersebut tetapi bukan dengan apa yang mereka ceritakan di dalam ebooks tersebut. Cuba email atau hubungi penulis tersebut dan tanya mereka tentang keuntungan yang mereka dapat hasil dari apa yang mereka lakukan seperti yg mereka tulis. Percaya ckp sy kurang dari 10% akan menjawab kerana mereka hanya membuat keuntungan dari penulisan sahaja. - Selidik potensi keuntungan yang di tawarkan.
Sama seperti perniagaan biasa, perniagaan internet juga mempunyai potensi keuntungan yang besar jika kena pada tempatnya. Jadi sebelum memulakan perniagaan internet ini, anda juga perlu membuat kaji selidik tentang jangkaan keuntungan dan berapa modal yang harus anda keluarkan supaya anda tidak mengalami kerugian. Adakalanya bisnes dengan hanya modal kecil juga mampu meraih keuntungan yang besar. Namun ada juga orang menawarkan skim untuk menjadi kaya sekelip mata, jangan sesekali percaya kepada skim seperti ini. Kerana pada pendapat saya, tidak ada jalan singkat untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.






