Penghijrahan dari Mesrahosting ke BlueHost

December 28, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online, Umum

Salam kepada pembaca,

Hari ni settle segala penghijrahan hosting saya. Setelah 2 tahun saya menggunakan perkhidmatan Mesrahosting.net, sekarang saya beralih angin ke bluehost.com. Bagaimana saya boleh memilih bluehost adalah kerana review yang diberikan amatlah menyakinkan. Pada mulanya saya ingin beralih ke hosting yang di hostkan di US dan saya berjumpa dengan Webhostingpad.com kerana tertarik dengan harga yang di berikan amatlah murah. Sebelum memulakan langkah seterusnya, perlulah kita lihat dulu latar belakang, review yang di berikan pengguna serta testimoni oleh pelanggan webhosting. Daripada review yang saya baca, ia agak mengecewakan. Dlm website review tersebut, ada menyatakan hosting yang paling baik dan bagus dari segi perkhidmatan dan juga harga iaitu bluehost.com.

Dengan bluehost.com walaupun mahal sedikit berbanding dengan hosting lama saya iaitu Mesrahosting.net dengan RM100 utk kadar tahunan dengan 10GB space dan 3 domain yang boleh di gunakan manakala dengan blue host, sy di kenakan $3.95/month. Namun dengan bluehost sy mendapat unlimited space dan juga unlimited domain, bukan setakat itu sahaja, malah saya layak utk mendapat nama domain percuma sepanjang hayat selagi saya menggunakan hosting dari blue host. Selain dari itu, bluehost menawarkan Yahoo Search Services bernilai $25, Google Adword bernilai $50 dan ada beberapa lagi promosi. Dengan promosi tersebut pun buatkan sy berpuas ati dan berbaloi mengeluarkan $94.80 untuk tempoh 2 tahun.

Dari segi perhidmatan bluehost.com saya tidak dapat komen apa2 lagi selain berharap ianya adalah tepat seperti yang di katakan oleh penulis review tersebut. Jika ianya benar seperti yang dikatakan, berkemungkinan saya akan meneruskan penggunaan hosting dari bluehost. Terdapat beberapa review yang di dapati, kebanyakan review memberi tanggapan yang sangat positif terhadap bluehost.

MLM dan Peluang Perniagaan

December 10, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Multi Level Marketing atau MLM. Mungkin ada diantara anda yang tidak menyukai MLM. Sebab itu ada yang menamakan MLM sebagai Meeting Larut Malam. Fobia. Barangkali ada pengalaman tertentu menyebabkan anda berasa bosan dengan MLM. Ia juga dikenali sebagai network marketing business.

MLM bukan skim cepat kaya. MLM adalah satu perniagaan bentuk baru. MLM yang disebutkan disini adalah MLM yang sebenar, dan bukannya skim cepat kaya yang berselindung di sebalik nama MLM.

Menjadi usahawan bukan mudah. Banyak rintangan dan dugaan yang perlu anda tempuhi pada 5 tahun pertama. Sistem. Produk. Promosi. Pemasaran. Aliran Tunai. Kos kedai atau pejabat. Sewa. Bil api air. Gaji pekerja. KWSP. Urusan undang-undang. Rakan kongsi. Modal. Pinjaman dan sebagainya.

Tetapi menerusi MLM, dengan yuran kemasukan yang rendah sebagai ahli, anda kini tidak perlu lagi memikirkan itu semua. Anda hanya perlu menumpukan usaha anda untuk menjual produk yang sedia ada dan mencari rakan seperniagaan anda. Syarikat MLM tempat anda bernaung, telah menyediakan keperluan yang lain. Tidak perlu pening kepala.

Bayangkan anda menjual pisang goreng di tepi jalan. Kos & modal penyediaan gerai jalanan sebegitu adalah jauh lebih mahal. MLM hanya memerlukan diri anda untuk maju ke hadapan dengan mematuhi sistem pemasaran yang telah ditetapkan. Kalau anda tidak percaya, sila jual pisang goreng di jalanan sekarang juga. Dan selepas itu anda akan mengerti kenapa MLM adalah salah satu cabang perniagaan yang menarik.

Syarikat MLM yang baik akan menyediakan kursus dan kelas tertentu untuk memajukan diri anda baik dari sudut motivasi, kepimpinan dan yang paling utama, latihan jualan secara percuma dan sekiranya ada bayaran sekalipun, kos yang terlalu minima. Sekiranya anda melakukan perniagaan konvensional, latihan-latihan sebegitu memerlukan kos yang tinggi.

Tetapi perlu diingat, MLM tidak sesuai dengan semua orang. Kerana MLM adalah salah satu cabang perniagaan sahaja, dan setiap seorang daripada kita ada kecenderungan perniagaan yang tersendiri. Dan tidak salah sekiranya anda mahu mencuba arena MLM sekiranya anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan.

Oleh kerana MLM juga adalah perniagaan, maka jangan sesekali mengimpikan pulangan sekelip mata. Hari ini anda sertai, minggu depan sudah mimpi nak pakai BMW. Itu namanya anda bodoh dan anda tamak. Perniagaan tetap perniagaan, anda perlu berusaha gigih serta bermula dari bawah dan perniagaan bukan skim cepat kaya.

Sekiranya anda berminat untuk berniaga, tetapi tidak mempunyai modal besar, tidak tahu berniaga konvensional dengan modal yang minima, tiada network perniagaan dan sentiasa memerlukan motivasi dan dorongan barangkali MLM adalah tempat yang sesuai untuk anda bermula.

Tetapi pastikan anda menyertai MLM yang sebenar dan bukan skim cepat kaya yang berselindung di sebalik nama MLM.

Note: Saya sedang berkecimpung dalam bisnes MLM Score A Programme, Produk ini mempunyai kekuatan yang amat luar biasa kerana produk ini berasaskan pembelajaran dan pendidikan. Kurang sebulan mengusahakan bisnes ini, pendapatan telah mencepat lebih RM7ribu.

Potensi Pasaran seperti di bawah.

  • Leverage – “Work Smart – Explosive Income”
  • Permintaan Yang Tinggi
  • Kadar Penolakan Yang Rendah
  • Anti Kemelesetan Ekonomi (Pendidikan adalah keperluan asas).
  • Pasaran Sedia Ada – 5 juta pelajar
  • Pasaran sentiasa berkembang – 500,000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun
  • Tiada Saingan – 99% syarikat MLM bukan produk pendidikan (spt produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta & rumah).
  • Kesetiaan Pengguna
  • Pendapatan Royalti – selama 9 tahun
  • Webucation – kemuncaknya pada tahun 2010 – 100% Sekolah Bestari

PR Blog Bisnes.digital-pages telah meningkat

December 7, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Salam kawan2 pembaca sekalian,

Saya sungguh terkejut setelah menyemak Page Rank untuk blog ini. Ternyata dengan hanya kurang setahun jagung blog ini di bangunkan, Page Rank telah pun berada di PR2. Agak mengejutkan saya.

Blog ini telah di bangunkan pada Julai tahun ini, iaitu tahun 2009 untuk sy mencurahkan info dan berkongsi pendapat dengan pembaca tentang teknik SEO dan juga perniagaan Online dan juga cara2 buat duit online.

Dengan peningkatan PR untuk blog ini, saya harap ianya akan menyemarakkan lagi niat saya untuk berbisnes online secara sekata dan lebih terurus. Walaupun agak sibuk dengan urusan kerja2 di kilang Western Digital, namun sy tetap ingin memulakan perniagaan berasaskan internet.

Dengan hanya bermula dengan berblog, berkongsi pendapat dengan rakan2 lain, secara tak langsung perkara2 tersebut mencetuskan beberapa idea untuk berniaga secara online, dapat mencetuskan minda saya bagaimana dengan internet kita boleh menjana wang. Tidak heranlah ramai blogger2 yang hebat lagi otai di luar sana berjaya mendapat pendapatan ribuan, malah puluhan ribu ringgit dengan hanya berblog dan beberapa perniagaan secara online ini.

Jika ada telah menyimpan niat untuk buat duit internet ini, saya menasihatkan anda, teruskan usaha dan mulakan dengan berblog atau berkongsi pendapat dengan meninggalkan komen pada blog2 yang berinfomasi terutamanya tentang perniagaan internet. Jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.

Salam kejayaan dari saya!