Teknik SEO menampakkan hasil

October 26, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 01 Tips SEO

Hari ni (26hb Oct 2009) bila saya search Google dengan keyword “belajar seo”, nampaknya website www.bisnes.digital-pages.net telah pun berada di halaman hadapan dan berada pada tangga ke 6. Nampaknya teknik yang saya gunakan agak berkesan dan menampakkan hasil. Itu baru satu keyword yang saya gunakan. Ada lagi beberapa keyword namun masih belum berada di halaman hadapan.  Ada yang berada di halaman kedua, ada di halaman ketiga. Mungkin ianya mengambil masa sedikit untuk beralih ke page hadapan.

Lihat bagaimana blog bisnes.digital-pages berubah dari page jauh kebelakang sehingga ke page utama,

1. Permulaan selepas memulakan SEO, jika kita “search” keyword yang kita ingin “SEO” kan, kebiasaannya website kita tak muncul pun.

Seperti mana saya, selepas beberapa hari menyemak keyword “belajar seo”, website ini kelihatan di page ke 18 pada 7 Sept 2009 pada kedudukan ke 177. blog ini muncul di halaman ke 18 selepas beberapa minggu saya mulakan SEO ini.

02-177th

2. Selepas 3 hari, iaitu pada tarikh 10 Sept 2009, kedudukan semakin baik, turun ke kedudukan 132.

03-132th

3.  Setelah bertungkus lumus hampir sebulan, pada 5 Okt 2009 kedudukan semakin baik, telah turun ke kedudukan 39 di halaman ke 4

04-39th

4.  Selepas 2 minggu (19 Okt 2009), kedudukan semakin baik, keyword “belajar seo” telah membawa blog bisnes.digital-pages.net ke halaman kedua SERP pada kedudukan 17.

05-17 th

5. Selepas seminggu berada pada kedudukan halaman kedua SERP. selepas saya semak keyword “belajar seo”, dapati blog ini telahpun menempah tempat ke 6 di halaman pertama SERP.

Dari apa yang saya boleh jelaskan disini, untuk mendapatkan ranking yang baik dan bagus, tidaklah sesusah mana pun, namun ianya mengambil masa sedikit dan memerlukan sedikit kesabaran.  Seperti mana saya, blog ini juga mengambil lebih sebulan untuk berada di halaman pertama SERP dengan keyword “belajar SEO”.

01-6th

Jika anda ingin mengetahui bagaimana cara-cara untuk website anda berada di page hadapan bila kita guna “keyword” tertentu, anda boleh tinggalkan soklan di ruangan komen atau anda boleh subscribe di feedburner.  Saya akan berkongsi dan kupaskan teknik SEO yang betul sedikit demi sedikit.

Jika anda mengikuti blog ini, ada beberapa tips yang telah pun saya kongsikan disini.  antara tips yang ingin saya kongsikan adalah seperti di bawah,

Bagainama untuk Optimize dan promosikan website anda  utk mendapat ranking terbaik di Enjin Pencari?

Otimize untuk Google dan enjin pencari yang lain seperti Yahoo dan MSN, ada 3 perkara asas yang kritikal perlu dilakukan dengan betul dan tepat.

  • Perkara asas #1 – Keywords & Content (Teks dan katacarian(keyword) bagi website anda)
  • Perkara asas #2 – Internal Linking (Bagaimana anda pautkan setiap halaman di website anda)
  • Perkara asas #3 – “Link Popularity” (Pautan dari website lain ke website anda (inbound link/backlink))

Bidan Terjun Buat Duit Online

October 1, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Pasti anda sering melihat iklan-iklan atau banner2 di internet terutama sewaktu membaca berita online atau sewaktu melayari sesuatu di internet, dari forum ataupun email yang mengajak anda melakukan bisnes internet atau buat duit di internet ini.  Mungkin banner2 atau iklan tersebut menggalakkan anda membeli sebuah produk buku, ebooks atau servis yang menjanjikan pulangan yg besar dengan modal yang kecil. Namun dalam hal ini, anda pasti akan tertanya-tanya berapa besarnya modalnya, adakah anda mampu lakukan dan potensi keuntungan yang bakal anda dapat.

Dan bagaimanakah untuk anda tidak “teruja” dan “tertipu” dengan ’sales letter’ dr salesman internet ini? adakalanya saya sendiri pun sukar untuk mengatasi tahap keterujaan setelah membaca salesletter yang ‘power’ yang mampu membuatkan sy sanggup berbelanja utk mendapatkan produk tersebut.

Ada 3 perkara yang perlu anda periksa sebelum menjadikan internet sebagai bidan terjun anda untuk cari duit;-

  1. Sedari kemampuan modal yang anda miliki.
    Perniagaan internet atau cari duit online ini, khususnya berkaitan bekerja dari rumah pasti memerlukan sedikit modal setidaknya, mungkin ketika itu anda kekeringan wang. Bila anda tidak bersedia untuk berkorban mengeluarkan wang sedikit atau anda mempunyai bajet yang sgt ketat. Adalah lebih baik anda tidak teruskan niat anda itu.
  2. Buat sesuatu ikut kemampuan dan gunakan kemahiran yang ada.
    Jika anda suka menulis, atau anda berkemahiran untuk mereka cipta logo atau laman web? Anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk memulakan perniagaan internet, jangan terlalu terikut kepada salesletter atau apa2 yang beria menyakinkan anda bahawa anda boleh buat duit di internet.  Pastikan apa yang di tawarkan adalah bersesuaian dengan kemahiran anda dan anda yakin mampu lakukannya. Ada sesetengah penulis ebooks ini hanya pandai berbicara, mereka mendapat untung dengan menjual ebooks tersebut tetapi bukan dengan apa yang mereka ceritakan di dalam ebooks tersebut. Cuba email atau hubungi penulis tersebut dan tanya mereka tentang keuntungan yang mereka dapat hasil dari apa yang mereka lakukan seperti yg mereka tulis. Percaya ckp sy kurang dari 10% akan menjawab kerana mereka hanya membuat keuntungan dari penulisan sahaja.
  3. Selidik potensi keuntungan yang di tawarkan.
    Sama seperti perniagaan biasa, perniagaan internet juga mempunyai potensi keuntungan yang besar jika kena pada tempatnya. Jadi sebelum memulakan perniagaan internet ini, anda juga perlu membuat kaji selidik tentang jangkaan keuntungan dan berapa modal yang harus anda keluarkan supaya anda tidak mengalami kerugian. Adakalanya bisnes dengan hanya modal kecil juga mampu meraih keuntungan yang besar. Namun ada juga orang menawarkan skim untuk menjadi kaya sekelip mata, jangan sesekali percaya kepada skim seperti ini. Kerana pada pendapat saya, tidak ada jalan singkat untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.

Perniagaan internet dengan Mind Set yang betul

October 1, 2009 by Eddy Wijaya  
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online

Saya jangkakan bahawa anda telah mengetahui apakah perniagaan internet dan ingin bermula dengan perniagaan internet ini. Dengan membaca blog ini, saya akan berkongsi tips2 untuk memulakan perniagaan internet dan peluang2 yang boleh menjana ringgit kedalam akaun bank kita.

Masalahnya adalah, di manakah permulaannya? perkara penting memulakan perniagaan, termasuklah perniagaan internet adalah bermula dari minda kita. Kita perlu set kan minda kita mengenai perniagaan yang kita ingin lakukan. Utk permulaan, kita tidak perlu tahu tentang pemasaran online, cara kerja internet termasuklah programming. Yang perlu hanyalah mindset yang betul tentang apakah perniagaan internet dan apakah yang berada di sebalik konsep perniagaan itu sendiri.

Bagaimana membentuk mindet yang betul? Anda cuma perlu belajar dan meniru bagaimana usahawan-usahawan internet yang telah berjaya berfikir. Mudah bukan?

Berikut antara yang patut berada dalam minda anda jika anda ingin memulakan perniagaan internet ini:-

  1. Alasan – Tanya kepada diri sendiri, mengapa anda ingin memulakn perniagaan internet ini? alasan yang kukuh akan membantu anda dalam menentukan jalan yang betul untuk mencapai kejayaan anda.
  2. Fokus - Pelajari selok belok perniagaan internet dan pilih model perniagaan internet yang sesuai dengan anda. Apakah pemasaran affiliate, paid review,  content advertising, jual produk online dan sebagainya.
  3. Tahu tahap kemahiran anda – Ketahui juga apakah aspek kekuatan dan kemahiran yang anda miliki, selain dr kemahiran anda, anda boleh menyalurkan kepada yang lebih berkemahiran untuk menutup kelemahan anda. Misalnya anda memilih perniagaan internet yang merupakan blog monetizing, dan kemahiran anda adalah anda tahu cara untuk menarik trafik yang tinggi, tetapi anda tidak berapa mahir menulis utk kandungan blog anda, anda boleh menyalurkan penulisan kandungan kepada yang berkemahiran dengan mengupah orang lain menulis kandungan blog tersebut.
  4. Konsisten – Sediakan ‘time frame’ untuk aktiviti perniagaan online anda. Mengapa saya katakan ‘time frame’ adalah kerana anda perlu pecahkan kerja perniagaan internet anda kepada beberapa bahagian dan lakukan secara konsisten setiap bahagian tersebut. Contohnya, katakan anda melakukan blog monetizing, anda boleh pecahkan kepada 3 bahagian, 1.penulisan kandungan, 2. membuat promosi blog,3. mencari artikel dan membaca blog2 lain yang boleh memberi idea. Susun secara teratur dan jangan menyerah sebelum anda mendapatkan hasil. Adakalanya sesetengah orang, menulis di blog adalah hobi namun jika di buat dengan betul, ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan.