“Organic” Search Engine Optimization
September 28, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 01 Tips SEO
Pengenalan
Mengikut statistik, lebih 88% dari pengguna internet mencari website atau data2 tertentu menggunakan enjin pencari (Search Engine) dan direktori.
Jika website anda tidak disenaraikan di antara yang terbaik, iaitu di page pertama, samalah seperti website anda sebenarnya tidak wujud. Maka pelawat website anda hanyalah kawan2 atau kenalan terdekat sahaja.
Bagaimana untuk anda memastikan website anda berada pada rank terbaik dan “spider friendly.”
Anda boleh dapatkan tips dengan membaca keseluruhan post ini.
Apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan “Organic” Search Engine Optimization?
“Organic” SEO adalah proses oleh mendapat ranking atau tersenarai di enjin pencari secara semula jadi (secara percuma). Lihat gambar di bawah:-
Apa yang penting sangat dengan Top Ranking ni…
- Setiap hari, di enjin pencari dan directori terdapat lebih kurang 300-500 juta data yang di cari. (info,produk, berita tentang seseorang dan sebagainya)
- Mengikut kajian statistik juga, terdapat lebih 80% pelangan2 internet mencari produk dan servis dengan menggunakan enjin pencari.
- Malangnya di sini, hanya 7% dr semua website di senarai atau wujud di enjin pencari mengikut kajian terbaru oleh StatMarket.com. Mengapa kebanyakan website tidak di senaraikan, ini adalah kerana website tersebut tidak di ‘optimize’kan secara maksimum untuk enjin pencari tahu tentang kewujudan website kita.
Enjin pencari yang top hari ini – GOOGLE.COM

- Google mendominasi 46% dr jumlah keselurahan perkongsian market.
- Dr survey yang di jalankan terhadap pengguna yang menjalankan bisnes secara online, 82.9 dari mereka ini lebih berminat dengan enjin pencarian Google. (- fakta dari Marketing Sherpa, 2004).
- Google mendapat 3x lebih tinggi dari Yahoo! berkenaan trafik pancarian oleh pengguna.
Maka, ‘optimize’kan website anda untuk GOOGLE.
Bagainama untuk Optimize dan promosikan website anda utk mendapat ranking terbaik di Enjin Pencari?
Otimize untuk Google dan enjin pencari yang lain seperti Yahoo dan MSN, ada 3 perkara asas yang kritikal perlu dilakukan dengan betul dan tepat.
- Perkara asas #1 – Keywords & Content (Teks dan katacarian(keyword) bagi website anda)
- Perkara asas #2 – Internal Linking (Bagaimana anda pautkan setiap halaman di website anda)
- Perkara asas #3 – “Link Popularity” (Pautan dari website lain ke website anda (inbound link/backlink))
Perniagaan Internet
September 10, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 02 Rahsia Cari Duit Online
Apakah yang kita faham tentang perniagaan internet? adakah sama seperti kita berniaga di pasaraya atau kedai-kedai? Sebenarnya, bagaimana kita faham bergantung kepada persepsi masing-masing. Bg saya perniagaan internet tidak lari jauh dr konsep sebenar perniagaan, cuma ianya berlaku di alam cyber, malah jika kita menjual barang di internet, kita tidak mengenali pun siapakah pembeli barang tersebut.
Mengapakah sekarang ini, ramai org berlumba2 untuk membuka perniagaan internet nih? jawapan mudah! setiap orang inginkan duit tambahan dan ianya boleh di lakukan secara sambilan. Perniagaan internet ini adakalanya tidak perlu mengeluarkan modal malah kita cuma boleh luangkan masa sejam dua sahaja utk melaksanakan perniagaan internet. Saya sendiri tertanya- tanya.. betul ke luangkan masa 2 3 jam di meja komputer utk menjalankan perniagaan internet ini? Setelah sy menceburi sendiri perniagaan internet ini secara sambilan. Adakalanya memerlukan sy mengadap komputer lebih dr 5 jam. adakalanya 2 3 jam..
Apa perniagaan internet yang kita boleh ceburi? anda boleh menjual pakaian, baju kurung, baju kanak2, buku-buku ilmiah dan buku cerita, menjual barangan kosmetik dan apa2 saja yang boleh di jual di luar pasti anda boleh jual sebagai perniagaan internet anda.
Seperti konsep perniagaan sebenar, anda tidak boleh menceburi bidang perniagaan ini secara membuta tuli. walaupun secara sambilan, namun sebut saja perniagaan sudah tentu anda perlukan perancangan sebelum memulakan langkah bak kata pepatah “jika anda gagal untuk merancang maka anda sedang merancang untuk gagal“.
Apakah kebaikan menjalankan perniagaan internet ini?. sebagai contoh, jika anda ada rakan yang membuka butik, anda boleh mempromosikan dan menjual pakaian dari butik rakan anda di internet sebagai permulaan perniagaan internet anda. Jika ada orang berminat untuk membeli. Anda boleh dapatkan baju tersebut dari kedai rakan anda dan poskan baju tersebut kepada pembeli. Apa kebaikannya?
1. Anda tidak perlu kedai. – sewa kedai dah baper mahal mengikut tempat.
2. Tidak perlu mengeluarkan modal. – Pekedai biasanya memerlukan modal utk menyimpan stok sikit utk jualan. duit tu!!
3. Anda tidak perlu menyimpan stok. – Kecairan wang tunai anda sentiasa mengalir baik. Ada pelanggan beli dan bayar kepada anda, baru anda dapatkan produk dan poskan kepada pelanggan..
4. Tidak perlu bersusah payah membuka kedai 8pg – 10mlm – Anda menggunakan internet sebagai medium, jadi kedai maya anda beroperasi 24jam sehari.
5. Tidak perlu berjumpa pelanggan. – Menjalankan perniagaan internet tidak memerlukan kita berjumpa dengan pelanggan kita. Namun atas sebab2 tertentu adakalanya kita perlu berjumpa pelanggan juga, adakalanya utk menjaga reputasi.
Berikut adalah antara kebaikan membuka kedai maya yang boleh di katakan sebagai perniagaan internet. Jika anda lihat, di negara luar ada byk perniagaan internet. Malah jika mereka mempunyai kedai sekali pun, sudah tentu barang mereka masih boleh di dapati secara online. Di malaysia hari nih, memang dah ramai yang membuka perniagaan internet. Namun jika di bandingkan, masih tidak ramai yang menjalankan secara teratur. Maksud teratur adalah, mempunyai website e-commerce, pembayaran terurus, semuanya atas satu klik sahaja.
Di sini, jangan pula anda memberi tanggapan negatif bahawa jika tiada website e-commerce yang teratur anda tidak akan berjaya. Perniagaan internet yang anda jalankan walau bagaimana sekali pun, jika ada pelanggan membeli produk yang anda jual, anda telah di kira berjaya. Bagaimana cara pembayaran, itu adalah soal kedua. Jika anda mempunyai website ecommerce yang GAH namun tiada pelanggan berkunjung, anda tetap di kira gagal.
Jika anda ingin memulakan perniagaan internet, perkara asas yang perlu anda sediakan adalah website. Kerana website adalah medium utk anda memperkenalkan kedai atau produk anda kepada pengunjung internet seterusnya menjadi pelanggan anda. Anda boleh membina website sendiri atau mengupah orang utk melakukannya. Untuk menjalankan perniagaan internet secara percuma, saya syorkan anda menggunakan platfom blog utk medium anda menjalankan perniagaan internet. Anda boleh menggunakan blogger.com atau wordpress.com. Kedua2 platform ini ada menyediakan Theme yang sesuai utk anda pilih.
Setelah anda siapkan platfom atau tapak untuk perniagaan internet anda. Sekarang adalah masanya untuk anda mempromosikan website anda utk mendapatkan pengunjung. Jika di luar, peniaga biasanya mempromosikan kedai mereka dengan cara, menampal poster, mengedar risalah, percakapan mulut ke mulut dan berbagai2 lagi. Jika menjalankan perniagaan internet, anda juga perlu membuat promosi utk mendapat pengunjung kedai maya anda. Ada beberapa cara utk promosi dan di alam internet ini kita namakan sebagai pemasaran internet (internet marketing). Secara umumnya, terdapat beberapa cara pemasaran.
1. Percakapan mulut ke mulut – Anda memberi tahu rakan2 anda tentang kewujudan perniagaan internet anda dan minta rakan anda memanjangkan ke rakan2 mereka.
2. Email – Anda boleh emel ke rakan2 andamemberitahu tentang perniagaan internet anda dan minta rakan anda emel ke rakan2 mereka. Adakalanya org melakukan SPAM kerana menghantar emel secara rawak ke emel2 yang tidak dikenali. (SPAM adalah amat tidak di galakkan)
3. Join Group. – Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana2 group di Yahoo atau google dan promosikan perniagaan internet anda di sana. Pastikan anda mendaftar ke group yang mempunyai bilangan ahli yang ramai.
4. Enjin pencari – pemasaran menggunakan enjin pencari sebagai medium, website perniagaan internet anda perlu berada di kedudukan baik utk menarik pengunjung internet melawat website anda. Untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari, anda perlu tahu tentang Search Engine Optimization (SEO).
5. Sosial Group. – Anda boleh mempromosikan website atau perniagaan internet anda kepada kenalan2 sosial seperti di Facebook, friendster dan sebagainya.
6. Banner – Anda boleh membuat banner dan tampalkan di website2 yang memberikan servis percuma. Ada juga yang berbayar.
7. Promosi secara offline – sama seperti kedai2 di luar, anda juga boleh mempromosi perniagaan internet anda seperti mereka dengan memberi pamplet, iklan di majalah dan surat kabar dan sebagainya.
Tidak kira apa- apa bidang perniagaan internet yang anda ceburi, tanamkan sifat ingin berjaya tidak kira berapa keuntungan yang anda dapat. Perniagaan internet ada sama seperti kita berniaga di luar, ia bukanlah seperti SKIM CEPAT KAYA. Anda perlu bersabar utk mendapat keuntungan dan ianya tidak datang bergolek. Sesiapa saja boleh menjalankan perniagaan internet jika betul-betul berusaha utk menjalankannya.
Produk : SEO Revenge
September 7, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under 04 Produk
SEO Revenge
Dapat kan produk ini sebelum terlambat, anda perlu ketahui produk ini di jual dengan harga USD9.97(RM34) (lihat sini), namun jika anda dapatkan produk SEO Revenge ini dari blog ini, harganya cuma RM10 sahaja.
Adakah anda berminat?
dapatkanya sekarang, Sila buat pembayaran ke :-
Bank : Maybank
No ac: 114160061425
Nama : EDDY WIJAYA BIN ZAINAL ABIDIN
setelah membuat pembayaran email kepada admin@digital-pages.net dan sertakan bukti serta cara pembayaran (deposit/ transfer online) pembayaran tersebut.
40 Muka surat yang padat - Buku ini boleh di katakan masih baru dan segar. Mengandungi 40 muka surat yang penuh dengan infomasi yang padat, dan tidak di putar belitkan. Kandungannya yang mendalam tentang SEO, link building, Keyword research. Termasuk screenshots dan repot yang di tulis langkah demi langkah.
Oleh kerana produk ini adalah produk MRR, anda akan menerima file dlm bentuk Microsoft Word untuk anda edit di samping dlm format PDF.
Anda akan mempunyai HAK MILIK seperti di bwh utk pakej ini!
[YES] Can put your name on the sales page.
[YES] Can be broken down into articles.
[YES] Can be used as web or e-zine content.
[YES] Can be added into PAID membership sites.
[YES] Can be sold.
[YES] Can be packaged.
[YES] Can be offered as a bonus.
[YES] Can be sold on auction sites.
[YES] Can be published offline.
[YES] Can be edited.
[NO] Can be given away for free (any format).
[NO] Can be added into free membership sites.
[NO] Can sell Private Label Rights
Seo Revenge-Dominasi page rank di Google
September 7, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under SEO Revenge-Dominasi page rank di Google

Seo Revenge – Di sini saya berikan serba ringkas berkenaan apakah isi kandungan SEO Revenge..
- Teknik untuk mendapat ranking tertinggi- Anda akan pelajari apakah yang perlu di lakukan untuk membuatkan page atau website anda berada di ranking terbaik di enjin pencari yakni google, maka dengan itu page atau website anda akan menerima pengunjung yang tinggi.
- Sistem dan teknik yang di akui membolehkan anda mendapat trafik yang cepat- Ebooks SEO Revenge akan mengajar anda bagaimana enjin pencari mengetahui kewujudan website anda dengan cepat tanpa perlu melakukan kerja yang byk.
- Bagaimana mendapat index dengan cepat- Ebooks ini akan mengajar anda mendapat index dengan cepat dlm beberapa hari sahaja.
- Cara yang amat mudah untuk menghantar wbsite anda- Ini akan mengajar anda bagaimana website anda akan di hantar ke seluruh enjin pencari dan direktory dengan cepat.
- dan lagi…
Dapatkan ebooks ini sekrng!!! klik sini
Terma & Syarat Google Adsense
September 6, 2009 by Eddy Wijaya
Filed under Adsense
Google Inc sangat mengambil berat dan perhatian terhadap terma & syarat program yang mereka sediakan demi untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga parti iaitu Advertiser, Publisher dan Visitor.
Sebarang tindakan yang melanggar terma & syarat program yang disediakan oleh Google akan menyebabkan akaun Google Adsense anda akan dimatikan.
Antara syarat yang perlu anda patuhi ialah:-
1. Anda Tidak boleh melakukan klik terhadap iklan Adsense di blog anda.
2. Tidak boleh menyuruh rakan-rakan anda melakukan klik pada iklan Adsense di blog anda.
3. Tidak boleh menggunakan script untuk meningkatkan page impression secara automatik.
4. Tidak boleh memberi arahan bertulis meminta pengunjung klik iklan Adsense anda.
5. Tidak boleh membina blog berkenaan SEX, Alcohol, Drug, Pornography, tobacco & sebagainya.
Maklumat penuh boleh anda dapatkan pada pautan yang diberikan dibawah:-
https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=48182






